Thursday 14 December 2017

Tun Mahathir Pulangkan Pingat Kebesaran Ada Asasnya


Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri membuat keputusan memulangkan pingat darjah kebesaran yang di anugerahkan Istana Selangor.

2. Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

3. Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

4. Manakala, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerima pingat daripada Sultan Selngaor pada 1983 dan 1994. Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

5. Isteri beliau Tun Siti Hasmah Mohd Ali juga memulangkan pingat Darjah Kebersaran Negeri Selangor pada hari yang sama.

6. Tun Mahathir membuat keputusan untuk memulangkan pingat darjah kebesaran yang di anugerahkan kerana beliau dianggap tidak layak lagi untuk memilikinya.

7. Menurut Tun Mahathir, ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengganggap beliau berkemungkinan membakar negara dengan api kemarahannya, maka dengan sendirinya dianggap tidak layak menyandang pingat-pingat di raja negeri itu. 

8. Tun Mahathir selanjutnya menyatakan "Saya fikir istana merasakan saya tak layak untuk terima anugerah berkenaan. Kalau saya nak terima mestilah sebab saya layak tapi sekarang saya dikatakan akan membakar seluruh negara. Jadi saya fikir saya sudah tidak layak lagi,”

9. Meskipun Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah telah menerangkan dengan jelas, pemulangan pingat yang bersangkutan tetapi terdapat pihak tertentu nampaknya tidak faham Bahasa Malaysia yang gunakan  oleh Tun Mahathir.

10. Seharus pihak yang tidak faham Bahasa Malaysia yang di gunakan oleh Tun Mahathir maka merekalah yang seharusnya ke sekolah untuk mempelajari Bahasa Malaysia.

11. Tindakan Tun Mahathir memulangkan pingat yang berkenaan ada asasnya dan  wajar kerana Baginda Sultan bertitah tindakan tersebut boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. Baginda yang merujuk kepada ucapan Tun Mahathir pada perhimpunan Sayangi Malaysia, hapuskan Kleptokrasi di Petaling jaya 14 Oktober lalu.

12. Sultan mempunyai asas untuk memberi dan mengambil semula pingat yang telah di berikan.

13. Begitu juga si penerima. Mereka mempunyai asas dan berhak untuk menerima, menolak dan memulangkan kembali pingat yang diberikan itu.

14, Adalah bodoh kepada sesiapa sahaja yang mengaitkan pulangan Pingat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasman kepada Istana tidak ada kaitannya dengan Rukun Negara.






Tuesday 12 December 2017

Siapa sebenarnya Pengkhianat Pada Agama & Bangsa?


 
Himpunan Solidari ‘Daulat Tuanku’ di Shah Alam telah diadakan anjuran Umno Selangor diketuai oleh seorang Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.
2. Antara sepandok yang terdapat di himpunan tersebut,  ‘ Dr Mahathir Pengkhianat Agama Bangsa’.
3. Sejarah tidak dapat di padamkan. Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.
4. Tun Mahathir telah membangunkan negara dengan jayanya sehingga terkenal diseluruh dunia. Pemimpin dunia mengakui kehebatan Tun Dr Mahathir Mohamad.
5. Tun Mahathir mengangkat Bangsa Melayu begitu rupa sehingga di pandang mulia di peringkat antarabangsa. Agama Islam menjadi teras perjuangan Tun Mahathir.
6. Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas, mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijaksanaan beliau digunakan untuk Islam.
7. Apakah benar bahawa ‘Dr Mahathir Pengkhianat Agama Bangsa’?
8.Seandainya Dr Mahathir pengkhianat Agama Bangsa, beliau dapat melakukan apa sahaja semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan bukan sekarang.
9. Ketika itu, Tun Mahathir boleh menjual asets negara kepada komunis kearah komunis menguasai negara.
10. Pengkhianat sebenar kepada Bangsa dan Agama adalah mereka yang mempertahankan, melindungi dan menyokong pemimpin Rasuah.
11. Pengkhianat kepada Bangsa dan Agama adalah mereka yang menjual asets negara kepada China Komunis sedangkan kita tahu agenda perjuangan komunis terhadap bangsa Melayu dan Agama Islam.
12. Pemimpin UMNO, mengakui sebagai Islam tetapi kelakuan dan tabiatnya bukan seperti seorang Muslim.
13. Yang haram di halalkan sedangkan yang halal di haramkan. Apabila seseorang itu menyokong perbuatan rasuah maka mereka adalah pengkhianat kepada bangsa dan agama kerana kegagalan mempertahankan/menegakkan hukum dan kesucian agama Islam serta imej bangsa Melayu.

Tuesday 5 December 2017

Sejarah Singapura di langgar todak kini berlaku di Malaysia


Bilamana Sultan Selangor sekali lagi mengritik Tun Mahathir mengenai isu Najib Launun Bugis,
Mengingat kembali peristiwa Singapura di langgar todak

2. Mengikut cerita Singapura di langgar todak, seorang budak di hukum oleh kerana nasihat para menteri yang cemburukan dan punyai hasrat dengki terhadap seorang budak tersebut. Sedangkan budak yang berkenaan memberikan pandangan yang bernas kepada Sultan.

3. Sultan ketika itu termakan “nasihat” para menterinya.

4. Apakah Sultan Selangor diberikan 'nasihat' yang salah oleh orang tertentu? Kemungkinan Sultan Selangor tidak diberikan video ucapan Tun Mahathir? 

5. Semoga Sultan di zaman Singapura di langgar todak tidak ujud di Malaysia.


Ketua Polis Negara Harus Bertindak Demi Kepentingan Negara


Presiden PPBM Tan Sri Muhyuddin Yassin pada ucapannya di Meru Perak mencabar Ketua Polis Negara mengambil tindakan terhadap Najib Razak dimana telah menghasut orang Melayu ‘bertumpah darah’ dalam mempertahankan UMNO.
2. Menurut Tan Sri Muhyuddin Yassin panggilan bertumpah darah bukan untuk mempertahankan umno tetapi mempertahankan Najib sendiri. Ini kerana jika UMNO kalah, Najib pasti akan masuk penjara.
3. Najib dimasukan penjara bukan kerana kekalahan beliau dalam PRU tetapi kerana kesalahan jenayah yang di lakukannya.
4. Panggilan/menggesa orang Melayu ‘bertumpah darah’ satu kesalahan dibawah Akta Hasutan.
5. Akta Hasutan 1948 (atau juga dikenali sebagai Ata15) antara lain memperuntukkan hukuman kepada sesiapa yang didapati melakukan kesalahan cenderung menyebabkankan kebencian atau penghiaan melalui perbuatan,ucapan,perkataan,penerbitan atau seumpamanya terhadap raja,kerajaan atau sesame kaum didalam Negara.
6. Sekirannya KPN tidak mengambil tindakan keatas Najib atas ucapannya, jika ada pemimpin lain melakukan apa yang Najib lakukan, maka KPN tidak boleh mengambil tindakan jika ada pihak lain melakukan dan berucap seperti Najib.
7. Misalnya jika Hindraf memanggil masyarakat India supaya bersedia bertumpah darah mempertahankan hak kaum India.
8. Pada masa yang sama DAP memanggil masyarakat Cina agar bersedia bertempah darah mempertahankan hak masyarakat Cina.
9. Dan PAS berdiri teguh dan memperjuangkan Amanat Hadi Awang seperti pertumpahan darah berlaku pada trajedi Memali.
10. Jika ini semua berlaku, bayangkan apa yang akan berlaku pada Negara tercinta, Malaysia?
11. KPN harus menyedari bahawa gaji beliau di bayar oleh rakyat bukan dari saku Presiden UMNO.
12. KPN harus mementingkan keselamatan negara bukan parti politik atau individu.
13.Walaupun belum ada laporan polis terhadap kenyataan Najib, maka adalah tanggongjawab KPN demi kepentingan Negara mengikut Perlembagaan Negara untuk bertindak keatas Najib sebelum ianya merebak lebih luas lagi.
14. KPN seorang beragama Islam maka sedarlah bahawa beliau akan di pertanggongjawabkan di akhirat nanti apa yang beliau lakukan semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara.
15. Diharapkan kepada Raja Raja Melayu dapat memberikan nasihat kepada Ketua Polis Negara berdasarkan kepada Akta Hasutan.


Monday 4 December 2017

Najib Razak Gali Lubang Kubur Sendiri


Kerajaan dibawah pentadbiran Najib begitu pantas menyiasat kerugian Forex yang berlaku 30 tahun yang lalu berbanding kes 1MDB, 2.6b dan agensi kerajaan seperti Mara dan Felda.
2.Mahkamah di Singapura telah menjatuhkan hukuman penjara keatas seorang pegawai bank yang terlibat dalam isu 1MDB dan menutup cawangan dua bank asing kerana menguruskan wang 1MDB.
3.Isu 2.6b yang masuk ke akaun peribadi Najib dan pengubahan wang haram yang ditimbulkan pada pertengahan 2105 masih tidak ada tindakan. Penyiasatan mengenai 1MDB dikatakan belum lengkap sedangkan negara lain sudah bertindak kepada mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.
4.Jelas, syarikat 1MDB ditubuhkan bermotifkan merompak/menyamun duit rakyat Malaysia. Dan penubuhan RCI Forex berunsur politik kerana perkara itu berlaku 30 tahun yang lalu.
5. Pihak berkuasa Amerika Syarikat membekukan dan telah membuat permohonan untuk merampas hartanah dan karya seni bernilai lebih AS$1 billion yang dibeli dengan duit yang di curi daripada rakyat Malaysia.
6.Berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan BN untuk menghalang Tun Mahathir daripada mengritik Presiden BN dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu 1MDB.
7.Laporan polis di buat oleh “anjing anjing peliharaan Najib terhadap Tun Mahathir atas berbagai alasan.
8.Tun Mahathir telah banyak kali di soal siasat oleh polis kononnya berdasarkan kepada laporan polis yang di buat. Tetapi kerana Tun Mahathir bercakap benar dan jika di bawa perkara berbangkit ke Mahkamah maka segala rahsia mengenai 1MDB akan terbongkar, maka siasatan hanya tinggal siasatan sahaja.
9. Maka itu atas arahan tuan mereka, anjing anjing yang berkenaan tidak lagi menyalak terhadap Tun Mahathir mengenai isu 1MDB.
10.Apabila segala usaha untuk mensabitkan kritikan Tun Mahathir mengenai 1MDB gagal maka perancangan dibuat untuk menimbulkan perkara 30tahun yang lalu mengenai Forex.
11. Maka itu ditubuhkan RCI Forex dan bukannya RCI 1MDB.
12.Kepimpinan BN mengharapak dengan menubuhkan RCO Forex dapat mengalihkan pandangan dan fikiran rakyat kepada isu 1MDB yang melibatkan Presiden BN/UMNO merangkap Perdana Menteri.
13. Rakyat dan dunia mengetahui bahawa penubuhan berunsurkan politik bersandarkan kepada hasrat dengki dan dendam.
14.Dapat di lihat perancangan isu forex begitu cekap dan pantas seperti kilat.
15. Pada hari terakhir persidangan parlimen, di edarkan laporan RCI Forex. Ini tidak akan memberikan peluang bagi pihak pembangkang menimbulkan usul untuk membahaskan isu forex di parlimen.
16.Kemudian pada hari yang sama, Setiausaha RCI membuat laporan polis berhubung laporannya.
17.Dan pada hari yang sama Timbalan Perdana Menteri menyatakan BN sudah 95% bersiap mengadakan PRU14.
18. Baki 5 percent lagi bagi pihak polis menjalankan siasatan mendakwa Tun Mahathir di Mahkamah dan Perhimpunan Agong UMNO.
19.Perhimpunan UMNO kali ini bukan untuk membincangkan masalah bangsa dan negara tetapi dijadikan medan untuk menyerang Tun Mahathir habis-habisan.
20.Tetapi jangan lupa yang datang ke Perhimpunan Agong UMNO bukan semuanya penyokong Najib. Ramai diantara mereka masih menghormati Tun Mahathir sebagai negarawan yang ulung dimana telah membangun parti dan negara, bangsa dan agama.
21.Penyokong tegar pada Najib akan di beri keutamaan berucap di perhimpunan tersebut dan hadir di dewan PWTC nanti merupakan pendengar yang baik.
22.Mereka datangnya dari kampong diseluruh negara. Inilah peluang mereka datang ke Kuala Lumpur, sambil berjalan jalan dan membeli belah. Umno akan curahkan segala wang yang ada bagi melayan mereka ini dengan harapan mendapat sokongan pada PRU14 nanti.
23.Apabila BN merancangkan untuk mendakwa dan mendakwa Tun Mahathir ke Mahkamah dalam isu Forex, Najib melakukan satu kesilapan yang besar. Najib tidak sedar dengan melakukan sedemikian, beliau mengali kuburnya dan isterinya Rosmah.
24.Ini kerana dalam PRU14, Hakim adalah rakyat dan bukan hakim yang dilantik oleh Najib.
25.Jika Najib beranggapan bahwa rakyat benci kepada Tun Mahathir jelas beliau silap. Bahkan rakyat lebih membenci Najib termasuk isterinya Rosmah. Ahli umno sendiri akan secara “silence operation” memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Mahathir terutama sekali apabila Tun Mahathir dikaitkan dengan isu Forex dan di dakwa.
26.Najib lupa bahawa terdapat 30% hingga 40% pengundi atas pagar daripada daftar pengundi. Mereka akan merasa simpati terhadap Tun Mahathir yang mana telah membina Malaysia dengan majunya selama 22tahun.
27. Mereka sedar tanpa Tun Mahathir Negara Malaysia menjadi sebuah Negara yang modern dan maju.
28.Mengikut Saudara Haniff Khatri, peguam bagi Tun Mahathir Pesuruhanjaya tidak jujur kepada Agong dan orang awam. Ini kerana bukti dari Tun Dr Mahathir tiada dalam laporan RCI Forex.
29.Penubuhan RCI Forex bukan bertujuan untuk mencari punca kerugian tetapi hanya berkalimatkan hasrat dengki dan dendam dalam usaha menyelamat diri dan ahli keluarganya daripada di campak ke penjara.
30. Setiap rakyat wajib bangkit memberikan sokongan pada Tun Dr Mahathir Mohamad demi masa depan negara.


Tuesday 28 November 2017

Anak Mewarisi Hobi Bapak



Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) ditubuhkan oleh taikun besar Malaysia Robert Kuok.

2. Robert Kuok menubuhkan syarikat perkapalan antarabangsa itu atas semangat patroriotik. Menurut beliau semangat patriotimselah yang membuat beliau mahu menubuhkan syarikat itu selepas mendapat tahu syarikat perkapalan terbesar British, Blue Funnel Group akan menubuhkan syarikat perkapalan kebangsaan selepas kemerdekaan negara.

3. Robert Kuok menyatakan bahawa Tun Abdul Razak mendesak beliau untuk menjualnya.

4. Kemungkinan besar Mantan Perdana Menterim Tun Dr Mahathir mengetahui duduk perkara. Tetapi sepanjang ucapannya “menyerang dan mengritik” Najib Razak terutama yang menglibatkan penjualan asset negara kepada negara china, Tun Dr Mahathir tidak sepatah pun menyebut bapak Najib, iaini Tun Abdul Razak mendesak penjualan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC).

5. Jelas Tun Mahathir mempunyai sikap yang tersangat terpuji tidak mahu memburukan orang yang sudah meninggalkan kita walaupun semasa hidupnya beliau telah melakukan perkara yang sangat mengecewakan.

6. PROTON (singkatan untuk PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendiri Berhad) merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang di tubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150juta ringgit. Penubuhannya merupakan gagasan Dr Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

7. Proton pernah dimiliki oleh Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan Malaysia. Pada bulan Januari 2002 ia telah di ambil alih oleh DRB-HICOM, sebuah konglomerat Malaysia dalam transaksi berjumlah RM1.2biliion.

8. Pada 16 Februari 2016, Proton memperkenalkan logo korporat baru dan slogan baru’ “It’s in the Devil1” (Terjemahan : “Ia di dalam Pemanduan)”

9. Konsep Kereta Negara dikandung pada tahun 1979 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dengan matlamat untuk meningkatkan industry Malaysia {2} Projek kereta Negara telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1982, yang membawa kepada penubuhan Proton pada 7 Mei 1083. Ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional di penciptaannya. Ia diketuai oleh pengasasnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

10. Sejarah berulang bilamana anak kepada orang yang mendesak penjualan MISC kini menjual pula Proton ke negara China.

11. Dengan penjualan PROTON kenegara China, nama PROTON di tukar menjadi BAO TENG.

12. Ini jelas rupa-rupanya Najib Razak mewarsi sikap dan perangai bapaknya Tun Abdul Razak.

11. Bapaknya Tun Razak mendesak Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) di jual manakala anaknya Najib menjual PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendiri Berhad (PROTON).


Saturday 25 November 2017

Mentua Dan Menantu Harus beri penjelasan

Menurut nukilan hujung minggu Tan Sri Sanusi Junid kira kira 10 hari sebelum Tun Dr Mahathir berhenti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri, empat orang pegawai BPR (Badan Pencegah Rasuah) datang ke pejabat Tun Mahathir membawa beberapa fail yang mengandungi laporan dua orang Menteri melakukan rasuah.

2. Tun Mahathir tidak bertindak tapi menyerahkan kes tersebut kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malangnya Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan. (Lihat lihat tulisan di blog Malaysian Watch Group bertarikh 22 November 2017 membawa tajuk, “ Siapakah 2 orang Menteri yang melakukan Rasuah”.)

3. Menurut nukilan hujung minggu tersebut fail kes yang berkenaan kini berada di tangan pentadbiran Najib Razak.

4. Siapa kah dua orang Menteri itu dan mengapa Pak Lah tidak mengambil tindakan keatas mereka?

5. Bilamana menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Belia & Sukan, dilaporkan RM100juta telah lesap. Tetapi tidak ada siasatn dilakukan jauh sekali menubuhka RCI untuk menyiasat dana yang hilang itu.

6. Semasa pertandingan merebut jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan setelah Khairy Jamaluddin di umumkan sebagai pemenang dan dilantik sebagai Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, di PWTC ada laungan KJ Rasuah, KJ Rasuah.

7.  Sila rujuk kepada youtube :

8.Ketika itu Bapak Mentua, Khairy Jamaluddin menjadi Perdana Menteri.

9. Jika Tun Abdullah Ahmad Badawi seorang mantan perdana menteri yang berpegang teguh pada ajaran agama Islam maka Tun Abdullah wajib tampil memberikan penjelasan siapa dua orang Menteri yang di maksudkan. Tun Abdullah juga harus menerangkan kepada rakyat sebab mengapa beliau tidak mengambil tindakan keatas dua orang menteri yang berkenaan.Apakah menteri yang berkenaan kini berada di kabinet Najib Razak?

10. Jika Khairy Jamaluddin seorang pemimpin muda yang beramanah dan perjuangannya bersesuainya dengan ajaran Islam, maka wang RM100juta dibawah kementerian yang hilang wajib/harus di siasat. Ini kerana yang hilang itu adalah duit rakyat.

11. Khairy Jamaluddin juga harus menerangkan kepada rakyat Malaysia apakah perlantikan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ada unsur rasuah seperti tersebar di youtube.

12. Keduanya, Mentua dan Menantu jangan lupa bawa mereka akan di persoalkan di akhirat nanti.

13. Didunia mereka dapat memesongkan pikiran rakyat tetapi mereka tidak dapat memesongkan Allah SWT.


13.Bertaubatlah dan bertanggongjawablah.

Thursday 23 November 2017

Siapa Dua Orang Menteri Yang Lakukan Rasuah?


Tan Sri Sanusi Junid dalam nukilan hujung minggu telah menceritakan peristiwa yang berlaku kira kira 10 hari sebelum Tun Dr Mahathir berhenti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri,

2. Menurut Tan Sri Junid empat orang pegawai dari BPR (Badan Pencegah Rasuah) telah datang ke pejabat Tun Mahathir membawa beberapa buah fail yang mengandungi laporan dua orang Menteri.

a.     Kes melibatkan ribuan lesen teksi
b.     Kes melibatkan tanaman orkid menggunakan wang tabungan untuk tanam semula getah.

3.Memandangkan Tun Mahathir tinggal hanya 10 hari daripada tarikh perletakkan jawatannya, maka Tun Mahathir menyerahkan kes itu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak. Dengan itu Tun Mahathir ingin memberikan peluang kepada Pak Lah untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau (Pak Lah) mahu  membuat pembersihan secara menyeluruh. Ini sesuai dengan nama jolokkan Pak Lah sebagai Mr Clean

4.Bilamana Pak Lah bertelagah dengan Tun Mahathir, kedua pesalah rasuah ini ‘membodek’ Pak Lah dan dengan kuatnya menyerang Tun Mahathir.

5. Perbuatan mereka membuat mata Pak Lah menjadi kabur dan terus buta untuk melihat fail yang diserahkan oleh Tun Mahathir mengenai perbuatan rasuah yang di lakukan oleh kedua Menteri yang berkenaan.

6. Persoalannya apakah kedua Menteri yang berkenaan masih berada di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak?

7. Dengan tidak bertindak tegas terhadap kedua Menteri yang melakukan rasuah maka secara langsung Pak Lah sendiri menggalakan perbuatan rasuah.

8. Pak Lah mempunyai latar belakang pengetahuan yang hebat mengenai agama. Tetapi disebabkan tamak kuasa, segala pendidikan agama yang diperolehinya dipinggirkan dan dilupakan.

9. Diharapkan Pak Lah diberikan kesempatan untuk bertaubat atas perbuatannya bersuhabat dengan perasuah dan juga perlakuakn menantunya ketika pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

10. Merujuk kepada pada video di youtube,  “  https://youtu.be/hPOQYX9F7DE (KJ Rasuah part 1) dan https://you.be/ixlbB9VAem (KJ Rasuah Part 2)  ujud unsur rasuah. Ini berlaku semasa Pak Lah menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

11. Mengambil kira seperti di katakan tadi, maka dapat di lihat bahawa setelah Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO, parti itu telah rosak.

12. Parti itu rosak dari hari pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

13. Warisan Pak Lah di teruskan oleh Najib Abdul Razak sehingga kini beliau merupakan PM pertama di dunia yang paling rasuah.   

14. Benar, apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir bahawa UMNO telah rosak dan tidak boleh di perbaikki lagi.

15. Demi untuk menyelamatkan negara parti UMNO/BN harus di tukar.

16. Dengan pengalaman yang begitu luas yang di miliki oleh Tun Mahathir dan terbukti beliau telah berjaya membangunkan dan memajukan Malaysia, maka amat sesuai dan tepat beliau menyelamatkan negara dari lembah yang hina di mata dunia.
                                                           





Wednesday 15 November 2017

PRU14 harus tolak Pemimpin Penganyak & Pendusta Agama


Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

2.Lantas, Amanat Hadi menyesatkan dan mengakibatkan masyarakat Melayu/Islam berpecah belah.

3.Trajedi Memali, persoalannya, siapa yang bertanggong jawab bilamana jenazah Ibrahim Libya dan rakan rakannya dikebumikan dengan tidak dimandikan dan tidak di kapankan?

4. Ibrahim Libya dan rakan rakannya menyerang anggota polis yang beragama Islam dan dalam usaha anggota polis mempertahankan diri, Ibrahim Libya dan rakan rakannya di tembak mati. Apakah ini mati syahid seperti “fatwa” yang di keluarkan oleh Hadi Awang? Tidak kah ini menyesatkan akidah masyarakat Islam?

5. Hari ini, Hadi Awang bekerjasama dengan golongan yang dikatakan kafir. Sedangkan Hadi masih berpegang teguh pada Amanat tersebut. Ini kerana beliau tidak menarik balik Amanat yang berkenaan.


6. Ini jelas “fatwa” Hadi Awang mengikut hawa nafsunya sendiri dan ianya menyesatkan masyarakat Islam di Malaysia terutama sekali ahli dan penyokong PAS. Ianya hanya bertujuan untuk kepentingan politik dan peribadi.

7. Pada PRU14, tugas dan tanggong jawab masyarakat Melayu/Islam adalah untuk menolak kepimpinan Penyangak dan Pendusta Agama.

8. TAKBIR 

Monday 13 November 2017

Political Animals


Media pro umno telah mempamerkan di buka hadapan akhbar mereka kononnya gaya hidup mewah cucu Tun Dr Mahathir. Media tersebut menuduh cucu Mahathir hidup bak selebriti.

2. Persoalannya, apa salahnya jika anak Datuk Seri Mukhriz hidup gaya seperti di beritakan? Anak DS Mukhriz tidak mencuri duit sesiapa? Beliau tidak menipu duit sesiapa? Anak DS Mukhriz tidak berkelakuan seperti anak tiri Najib dan seperti adik angkat Najib, Jho Low.  So, what is the problem?

3.Bapaknya pula DS Mukhriz tidak mencuri duit seperti Najib Abdul Razak. Bapaknya DS Mukhriz tidak menyisap darah rakyat untuk kepentingan isteri dan keluarganya.

4. Paling penting gaya hidup anak DS Mukhriz tidak menyusahkan rakyat dan rakyat tidak perlu menanggong segala perbelanjaannya. So, why must there be any heart pain?

5. Media pro UMNO sudah terdesak. Mereka tidak dapat menjawab segala kritikan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz. Lantas menggunakan dan cuba memburukkan ahli keluarga mereka. What a coward.

6. Seperti peribahasa, “Tidak dapat tanduk telinga di pulas”


7. Dalam konteks politik dimana rasuah masih/tetap ujud dan mereka sangka tanpa cakaran kotor akan berjaya itulah  POLITICAL ANIMALS. 

8. Walaupun keluarganya di serang atau dilakukan arm-twisting, Tun Mahathir tidak akan berundur walaupun selangkah kebelangkang. Demi untuk bangsa, agama dan tanah air.

9. InshaAllah kerana Islam juga melarang dan menentang rasuah, maka akhirnya Tun Mahathir akan berjaya menentang pemimpin penyangak/perasuah. 

10. Apa yang penting bagi Tun Mahathir pada akhirnya perjuangan menentang kezaliman dan kepimpinan penganyak dalam misi menyelamatkan negara tercinta, Malaysia akan dan pasti berjaya. Aamin.


Tuesday 7 November 2017

Kalimah Keramat Najib "Kepala bapa kau" akan tumbangkan BN


Semasa berucap didepan perwakilan MCA bertempat di Pejabat MCA Jalan Ampang, Presiden BN/UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan penuh bersemangat menyatakan, “ Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? KEPALA BAPAK KAU tak logik”.

2. Ketika mengulas ucapan Najib Razak, mantan Timbalan Perdana Menteri/Presiden PPBM/Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Hj Muhiyddin Yassin berkata, “ Sesuatu bagi saya amat memalukan, mulut yang celupa keluar dari seorang Perdana Menteri. Soal yang berbangkit rakyat bertanya dimana harga diri, dimana jati diri, lebih lagi bila dia mengeluarkan perkataan yang bagi saya cukup kesat, maki hamun. Ini suatu yang biadap cukup teruk yang amat memalukan rakyat Malaysia. Tapi kalau kita fikirkan apa yang kita boleh harapkan kepada Datuk Seri Najib ni. Mungkin situasi dan keadaan yang beliau hadapi sudah tidak lagi dapat mengawal”.

3. Kita dapat melihat bagaimana sopan dan beradabnya Presiden PPBM memberikan komen kepada kenyataan Najib yang tidak bersopan dan beradab.

4. Jika Najib tidak ada maruah diri dan kurang ajar jangan kita ikut langkahnya. Apa yang keluar dari mulut Najib perkataan yang sering di gunakan oleh samseng jalanan dan golongan yang kurang pendidikan.

5. Perkataan yang keluar dari Perdana Menteri akan menjadi di contoh dan diikuti oleh anak anak kita yang masih bersekolah. Kita jangan marah jika seorang murid yang tidak dapat menerima arahan gurunya melimpahkan perkataan yang sama seperti Najib, Kepala Bapak Kau kepada guru yang berkenaan. Atau jika seorang ayah atau ibu dimana anak mereka tidak dapat bersetuju dengan apa pun yang dikatakan oleh keluarga mereka dan mengeluarkan perkataan yang sama terhadap ibu/ayah, Kepala Bapak Kau.

6. Ini semua ajaran dari Perdana Menteri dan anak bekas Perdana Menteri.

7. Dari itu demi menjamin masa depan anak anak kita agar mempunyai harga dan maruah diri maka BN wajib di tumbangkan.

8. Kita dapat melihat bukan sahaja Najib selaku PM/Presiden BN yang mengeluarkan kata kata kesat dan biadap, ianya termasuk juga pemimpin UMNO dan macai/balaci BN/UMNO. Maka itu BN wajid di tumbangkan.


9. Dari itu, adalah menjadi tanggong jawab rakyat Malaysia untuk pastikan pemimpin yang tidak beradab, pemimpin yang tidak ada maruah diri, pemimpin yang tidak ada harga diri ( sepertimana di katakan oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin) wajid di tolak pada PRU14 nanti. 


Monday 16 October 2017

Setuju dengan Sultan Johor



Saya sangat bersetuju dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berhubung dengan isu dobi mesra muslim.
2. Disebalik apa yang di katakan oleh baginda Sultan, cuba kita renong keadaan di kedai makan mamak, restaurant dan gerai. Apakah perlu di asingkan cawan, mangkok, sudu dan garpu? Kita jangan lupa, orang bukan Islam juga makan di tempat yang disebutkan tadi. Apakah tempat  ini juga harus mesra muslim?
3.Dobi Mesra Muslim tidak pratikal dalam sebuah negara dimana penduduknya terdiri daripada berbilang agama seperti Malaysia.
4. Apakah tempat  ini juga harus di adakan scanner untuk scan mulut mereka (bukan Muslim) bagi memastikan mereka hanya memakan benda yang halal? Tangan mereka bersih dari benda kotoran?
5. Apakah harus diadakan “Tandas Mesra Muslim” di seluruh Malaysia?

6. Orang Islam tidak boleh bersalaman ( shake-hands) dengan golongan bukan Islam kerana tangan mereka tidak bersih? Kemungkinan mereka baru sahaja keluar dari tandas.
7. Mereka iaini para agamawan jangan terlalu sempit pemikirannya? Agama Islam tidak sempit. Agamawan lah yang menyimpitkan agama.
8. Isu yang lebih besar seperti memberi dan menerima rasuah dikalangan pemimpin negara tidak di sentuh dan tidak di perbetulkan oleh agamawan.
9. Pemimpin negara menipu, merompak, menjual harta hak orang lain tidak langsung di tegur.
10. Para agamawan turut menyokong pemimpin rasuah dengan menghalakan apa di haramkan oleh agama. Para Ustaz tidak ada keberanian menegur perbuatan mungkar yang di lakukan oleh pemimpin walaupun dalam ajaran Islam mereka wajib menegur pemimpin yang berkenaan.
11. Para ustaz yang terkenal negara dalam ceramah mereka tidak menegur pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Saturday 7 October 2017

Annuar Musa Harus Sedar Melayu Singapura Tolak UMNO


 
1.     Dalam satu majlis UMNO, Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa menyatakan bahawa DAP membawa politik perkauman seperti PAP di SIngapura.

2.     Annuar Musa menuduh PAP Singapura mengamalkan konsep perkauman dengan memecah belahkan masyarakat Melayu, kampong kampong melayu di rombak, kawasan penempatan melayu di pecahkan, tanah perumahan di bina agar tidak ada kawasan melayu yang menjadi tradisi orang melayu. Tunku Abdul Rahman menurut Annuar Musa berpendapat mungkin sesuai untuk Singapura maka negara itu di pisahkan dari Malaysia.

3.     Dengan membuat tuduhan seumpama itu memperjelaskan sama ada Annuar Musa buta sejarah atau pun memperbodohkan orang melayu terutama sekali ahli UMNO.

4.     Untuk pengetahuan Annuar Musa, sebelum tahun 1963, PAP hanya bertanding di Singapura dan Perikatan (UMNO) bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963 Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, tetapi UMNO KALAH TERUK. Makna Melayu Singapura tolak UMNO.

5.     Pada 1964 Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

6.     UMNO mahu perlembagaan Singapura di ubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan berjanji akan memperbaikki kehidupan orang Melayu melalui pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

7.     Rakyat Melayu Singapura bersetuju dengan Lee Kuan Yew dan memberikan sokongan padu kepada PAP dan tidak pada UMNO.

8.     Ketika dan masa itu perkampungan melayu disana di dapati sebagai tempat (port) anak anak melayu menjalani aktivit ganja dan sebagainya. Kawasan perumahan melayu yang tidak beratur dan tersusun dan berbagai masalah social.

9.     Manakala UMNO yang di ketuai oleh Syed Jaafar Albar hanya bermainkan isu perkauman seperti mana yang di lakukan oleh UMNO ketika ini.

10.                        Masa dan ketika ini, UMNO menyerang DAP dengan isu perkauman seperti UMNO zaman Tunku Abdul Rahman menyerang PAP. UMNO dilahirkan semata mata untuk menimbulkan kebencian antara Melayu dan bukan Melayu.

11.                        Annuar jika tidak buta berkemungkinan rabun matanya untuk melihat Singapura dibawah pemerintah PAP dapat mengatasi masalah dadah yang di hadapi oleh anak melayu. Sedangkan UMNO sehingga hari ini tidak dapat mengatasi masalah dadah yang di hadapi oleh remaja Melayu.

12.                        Hari ini di Singapura dapat dilihat jumlah anak anak melayu yang menagih dadah tidak seburuk seperti di Malaysia.

13.                        Di Malaysia kita dapat melihat bagaimana remaja melayu yang terlibat dengan ganja terlibat membakar Sekolah Tahfiz dimana telah mengorbankan 23 mangsa. Tapi ini tidak berlaku pada orang Melayu di Singapura.

14.                        Di Malaysia di bawah kerajaan UMNO, ramai anak remaja melayu yang terlibat dengan dadah dan tercicir dalam pelajaran. Di Singapura tidak ada anak Melayu Singapura yang tidak mendapat pendidikan atau tidak bersekolah/tercicir pelajaran kerana kemiskinan.

15.                        Dibawah pemerintah PAP (yang dikatakan sebagai perkauman) masyarakat Melayu Singapura mampu memiliki rumah sendiri dengan hasil mata pencarian hasil daripada peluang pekerjaan yang di ujudkan oleh pemerintahan PAP.

16.                        Mungkin Annuar Musa teralu banyak ambil dedak sehingga buta matanya tidak dapat melihat apa yang berlaku terhadap Malaysia Singapura. Annuar Musa seperti Syed Jafar Albar yang memainkan isu perkauman dalam usaha mendapatkan sokongan/undi Melayu. Akhirnya nanti di tolak oleh bangsa melayu sepertimana Melayu Singapura menolak UMNO.

17.                        UMNO gagal membina/membela bangsanya sendiri, ini kerana pemimpin UMNO hanya memikirkan perut dan tembolok sendiri dan keluarga mereka.

18.                        Demi masa depan bangsa Melayu dan menyelamatkan Malaysia maka pada PRU 14, UMNO/BN wajib di singkirkan dari bumi Malaysia.

Wednesday 13 September 2017

Lim Guan Eng Tersilap Mengenai Perlantikan Halimah Yakob

1. Belum ada Presiden Singapura dikalangan masyarakat Melayu negara itu sejak 1970.

2. Dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng telah memuji pelantikan Halimah Yacob dari PAP sebagai Presiden Kelapan Singapura. Beliau memuji pencapaiannya sebagai pencapaian penting bagi wanita serta orang Islam Melayu Singapura.

3. Pada 6 Feb 2017 Parlimen Singapura meluluskan pindaan pindaan yang disarankan bagi Akta Pilihan raya Presiden  berdasarkan pada pindaan pindaan kepada Perlembagaan yang di luluskan pada tahun lalu.

4. Ramai yang mempersoalkan mengapa baru sekarang “terpikir” untuk dilantik seorang Presiden Melayu di negara itu?  

5. Apa yang membuat PAP berbuat begitu? Apakah PAP tersangat memerlukan undi masyarakat Melayu untuk memenangi pada pilihan raya?  Sedangkan jumlah penduduk Melayu hanya 30% dan setiap kawasan undi hanya dihadkan kepada 13% sahaja. Tanpa sokongan melayu pada pilihran raya, PAP tetap akan berjaya kerana kaum cina merupakan bangsa terbesar di Singapura.

6. Di Singapura kawasan undi ( di Malaysia sbg DUN atau parlimen) dimana  tidak ada majoritinya terdiri dari masyarakat Melayu. Kesemuanya majority bangsa Cina.

7. Selama ini Singapura dianggap oleh dunia sebagai “Israel of South East Asia” Ini kerana askar Singapura di latih oleh Israel dan kedudukan Singapura sama seperti negara Israel.

8. Negara Israel di kelilingi oleh negara negara Arab sedangkan Singapura di kelilingi oleh negara negara Melayu/Islam Nusantara.

9.Pada August 2016, Polis Indonesia telah menangkap semua suspect yang mana mencuba untuk melancarkan roket dari pulau Batam Indonesia ke Marina Bay Singapura.

10. Singapura di label dan dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai negara Israel of South East Asia. Selagi nama ini terlekat di hati sanubari dan minda dunia sebagai negara Israel terutama dikalangan negara negara Islam maka nama Singapura tidak begitu baik  dan akan di anggap sebagai negara Israel kedua dunia.

11.Justru, satu cara untuk mengindarkan labelling seperti itu maka diperlukan seorang Presiden atau Perdana Menteri dari kalangan masyarakat Melayu.

12. Dalam konteks Singapura adalah amat sukar membenarkan seorang berbangsa Melayu menjadi Perdana Menteri. Ini kerana kuasa Perdana Menteri lebih hebat dari kuasa seorang Presiden Negara.

13 Mengenai Halimah Yakob, Ketua Menteri/Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menyatakan, Halimah also wears a tudung without any restrictions”.

14.Tetapi Lim Guan Eng harus mengetahui bahawa “wearing tudung without restrictions hanya bagi anggota wanita PAP. Bagi mereka memang tidak ada batasan memakai tudung tetapi tidak kepada masyarakat Melayu/Islam pada keseluruhannya.

15.Misalnya, jururawat wanita, Polis wanita, pegawai keselataman wanita dan sebagainya menghadapi masalah memadai tudung masih bertugas.Mereka di benarkan memakai tudung dari rumah ke tempat bekerja tetapi apabila mula berkerja harus menanggalkan tudung mereka.


16. Pada hakiktanya pelantikkan Halimah Yakob bukan kerana kecemerlangan bangsa Melayu tetapi berkiblatkan dasar dan perjuangan PAP itu sendiri. 

Sunday 10 September 2017

Isu Presiden Dipilih : Melayu Singapura Ikut Rentak Bukan Melayu


 
Singapura sedang giat membuat persiapan bagi memilih Presiden Singapura yang kelapan pada 23 September 2017

 2.Baru kini Menteri Ehwal Dalam Negeri Merangkap Menteri Undang-undang Singapura menyedari bahawa untuk memastikan perwakilan pelbagai kaum adalah penting peranan Presiden sebagai simbol penyatuan bagi negara. Ini adalah kali pertama sejak lima penggal lalu seorang melayu akan menjadi Presiden. (Laporan Berita Harian, 9 September 2017, Pelihara Peranan Presiden sebagai simbol penyatuan : Shanmugam”).
 
3.Adalah benar, apa yang di katakan oleh Encik Shanmugam, bahawa sesetengah warga Singapura tidak bersetuju dengan langkah pemenrintah mengadakan Pilihan Raya Presiden yang di peruntukkan bagi sesebuah kaum.

 4.Ini berpunca dari seorang bekas calon presiden bukan Melayu yang tewas pada pilihan raya presiden yang lalu. Beliau telah mencabar keputusan pemerintah di Mahkamah berhubung pada undang undang yang baru memperuntukkan pilihran raya itu bagi masyarakat Melayu. Bertitik tolak dari itu, masyarakat Melayu yang lemah fikirannya telah turut serta melahirkan bantahan dan tidak bersetuju bagi kaumnya sendiri menjadi Presiden.

 5.Kebanyakan melayu yang tidak setuju adalah terdiri dari ahli politik pembangkang dan penyokong mereka. Mereka harus menari pukulan irama yang di laungkan oleh bukan Melayu.

6. Mungkin mereka lupa walaupun apa bangsa menjadi Presiden, tetap Presiden yang berkenaan tidak boleh mengatasi keputusan parti yang memerintah, PAP.  In short, “Presiden Boneka”.   

7. Pada masa lalu, ada calon dari bangsa cina, india, baba, serani tetapi tidak pula berlaku seperti sekarang ini apabila melibatkan calon dari bangsa Melayu? Kenapa? Perkauman?

 8. Jika di lihat pada sosial media, orang bukan Melayu mengritik keras calon Melayu seakan akan melayu tidak layak menjadi Presiden? Membaca komen mereka boleh di katakan mereka membawa isu perkauman. Mereka tidak pula mempertikaikan kian lama seorang berbangsa cina sahaja menjadi Perdana Menteri Singapura? Seorang India menjadi Timbalan Perdana Menteri. Orang Melayu???
 
9. Masyarakat Melayu pula kelihatan bahawa mereka terpaksa mengikut tarian orang bukan melayu walaupun “lagu” yang dendangkan itu berunsur perkauman serta merendahkan kebolehan bangsa sendiri.