Thursday 14 December 2017

Tun Mahathir Pulangkan Pingat Kebesaran Ada Asasnya


Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri membuat keputusan memulangkan pingat darjah kebesaran yang di anugerahkan Istana Selangor.

2. Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

3. Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.

4. Manakala, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerima pingat daripada Sultan Selngaor pada 1983 dan 1994. Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

5. Isteri beliau Tun Siti Hasmah Mohd Ali juga memulangkan pingat Darjah Kebersaran Negeri Selangor pada hari yang sama.

6. Tun Mahathir membuat keputusan untuk memulangkan pingat darjah kebesaran yang di anugerahkan kerana beliau dianggap tidak layak lagi untuk memilikinya.

7. Menurut Tun Mahathir, ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengganggap beliau berkemungkinan membakar negara dengan api kemarahannya, maka dengan sendirinya dianggap tidak layak menyandang pingat-pingat di raja negeri itu. 

8. Tun Mahathir selanjutnya menyatakan "Saya fikir istana merasakan saya tak layak untuk terima anugerah berkenaan. Kalau saya nak terima mestilah sebab saya layak tapi sekarang saya dikatakan akan membakar seluruh negara. Jadi saya fikir saya sudah tidak layak lagi,”

9. Meskipun Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah telah menerangkan dengan jelas, pemulangan pingat yang bersangkutan tetapi terdapat pihak tertentu nampaknya tidak faham Bahasa Malaysia yang gunakan  oleh Tun Mahathir.

10. Seharus pihak yang tidak faham Bahasa Malaysia yang di gunakan oleh Tun Mahathir maka merekalah yang seharusnya ke sekolah untuk mempelajari Bahasa Malaysia.

11. Tindakan Tun Mahathir memulangkan pingat yang berkenaan ada asasnya dan  wajar kerana Baginda Sultan bertitah tindakan tersebut boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. Baginda yang merujuk kepada ucapan Tun Mahathir pada perhimpunan Sayangi Malaysia, hapuskan Kleptokrasi di Petaling jaya 14 Oktober lalu.

12. Sultan mempunyai asas untuk memberi dan mengambil semula pingat yang telah di berikan.

13. Begitu juga si penerima. Mereka mempunyai asas dan berhak untuk menerima, menolak dan memulangkan kembali pingat yang diberikan itu.

14, Adalah bodoh kepada sesiapa sahaja yang mengaitkan pulangan Pingat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasman kepada Istana tidak ada kaitannya dengan Rukun Negara.






No comments:

Post a Comment