Monday 4 December 2017

Najib Razak Gali Lubang Kubur Sendiri


Kerajaan dibawah pentadbiran Najib begitu pantas menyiasat kerugian Forex yang berlaku 30 tahun yang lalu berbanding kes 1MDB, 2.6b dan agensi kerajaan seperti Mara dan Felda.
2.Mahkamah di Singapura telah menjatuhkan hukuman penjara keatas seorang pegawai bank yang terlibat dalam isu 1MDB dan menutup cawangan dua bank asing kerana menguruskan wang 1MDB.
3.Isu 2.6b yang masuk ke akaun peribadi Najib dan pengubahan wang haram yang ditimbulkan pada pertengahan 2105 masih tidak ada tindakan. Penyiasatan mengenai 1MDB dikatakan belum lengkap sedangkan negara lain sudah bertindak kepada mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.
4.Jelas, syarikat 1MDB ditubuhkan bermotifkan merompak/menyamun duit rakyat Malaysia. Dan penubuhan RCI Forex berunsur politik kerana perkara itu berlaku 30 tahun yang lalu.
5. Pihak berkuasa Amerika Syarikat membekukan dan telah membuat permohonan untuk merampas hartanah dan karya seni bernilai lebih AS$1 billion yang dibeli dengan duit yang di curi daripada rakyat Malaysia.
6.Berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan BN untuk menghalang Tun Mahathir daripada mengritik Presiden BN dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu 1MDB.
7.Laporan polis di buat oleh “anjing anjing peliharaan Najib terhadap Tun Mahathir atas berbagai alasan.
8.Tun Mahathir telah banyak kali di soal siasat oleh polis kononnya berdasarkan kepada laporan polis yang di buat. Tetapi kerana Tun Mahathir bercakap benar dan jika di bawa perkara berbangkit ke Mahkamah maka segala rahsia mengenai 1MDB akan terbongkar, maka siasatan hanya tinggal siasatan sahaja.
9. Maka itu atas arahan tuan mereka, anjing anjing yang berkenaan tidak lagi menyalak terhadap Tun Mahathir mengenai isu 1MDB.
10.Apabila segala usaha untuk mensabitkan kritikan Tun Mahathir mengenai 1MDB gagal maka perancangan dibuat untuk menimbulkan perkara 30tahun yang lalu mengenai Forex.
11. Maka itu ditubuhkan RCI Forex dan bukannya RCI 1MDB.
12.Kepimpinan BN mengharapak dengan menubuhkan RCO Forex dapat mengalihkan pandangan dan fikiran rakyat kepada isu 1MDB yang melibatkan Presiden BN/UMNO merangkap Perdana Menteri.
13. Rakyat dan dunia mengetahui bahawa penubuhan berunsurkan politik bersandarkan kepada hasrat dengki dan dendam.
14.Dapat di lihat perancangan isu forex begitu cekap dan pantas seperti kilat.
15. Pada hari terakhir persidangan parlimen, di edarkan laporan RCI Forex. Ini tidak akan memberikan peluang bagi pihak pembangkang menimbulkan usul untuk membahaskan isu forex di parlimen.
16.Kemudian pada hari yang sama, Setiausaha RCI membuat laporan polis berhubung laporannya.
17.Dan pada hari yang sama Timbalan Perdana Menteri menyatakan BN sudah 95% bersiap mengadakan PRU14.
18. Baki 5 percent lagi bagi pihak polis menjalankan siasatan mendakwa Tun Mahathir di Mahkamah dan Perhimpunan Agong UMNO.
19.Perhimpunan UMNO kali ini bukan untuk membincangkan masalah bangsa dan negara tetapi dijadikan medan untuk menyerang Tun Mahathir habis-habisan.
20.Tetapi jangan lupa yang datang ke Perhimpunan Agong UMNO bukan semuanya penyokong Najib. Ramai diantara mereka masih menghormati Tun Mahathir sebagai negarawan yang ulung dimana telah membangun parti dan negara, bangsa dan agama.
21.Penyokong tegar pada Najib akan di beri keutamaan berucap di perhimpunan tersebut dan hadir di dewan PWTC nanti merupakan pendengar yang baik.
22.Mereka datangnya dari kampong diseluruh negara. Inilah peluang mereka datang ke Kuala Lumpur, sambil berjalan jalan dan membeli belah. Umno akan curahkan segala wang yang ada bagi melayan mereka ini dengan harapan mendapat sokongan pada PRU14 nanti.
23.Apabila BN merancangkan untuk mendakwa dan mendakwa Tun Mahathir ke Mahkamah dalam isu Forex, Najib melakukan satu kesilapan yang besar. Najib tidak sedar dengan melakukan sedemikian, beliau mengali kuburnya dan isterinya Rosmah.
24.Ini kerana dalam PRU14, Hakim adalah rakyat dan bukan hakim yang dilantik oleh Najib.
25.Jika Najib beranggapan bahwa rakyat benci kepada Tun Mahathir jelas beliau silap. Bahkan rakyat lebih membenci Najib termasuk isterinya Rosmah. Ahli umno sendiri akan secara “silence operation” memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Mahathir terutama sekali apabila Tun Mahathir dikaitkan dengan isu Forex dan di dakwa.
26.Najib lupa bahawa terdapat 30% hingga 40% pengundi atas pagar daripada daftar pengundi. Mereka akan merasa simpati terhadap Tun Mahathir yang mana telah membina Malaysia dengan majunya selama 22tahun.
27. Mereka sedar tanpa Tun Mahathir Negara Malaysia menjadi sebuah Negara yang modern dan maju.
28.Mengikut Saudara Haniff Khatri, peguam bagi Tun Mahathir Pesuruhanjaya tidak jujur kepada Agong dan orang awam. Ini kerana bukti dari Tun Dr Mahathir tiada dalam laporan RCI Forex.
29.Penubuhan RCI Forex bukan bertujuan untuk mencari punca kerugian tetapi hanya berkalimatkan hasrat dengki dan dendam dalam usaha menyelamat diri dan ahli keluarganya daripada di campak ke penjara.
30. Setiap rakyat wajib bangkit memberikan sokongan pada Tun Dr Mahathir Mohamad demi masa depan negara.


No comments:

Post a Comment