Thursday 23 November 2017

Siapa Dua Orang Menteri Yang Lakukan Rasuah?


Tan Sri Sanusi Junid dalam nukilan hujung minggu telah menceritakan peristiwa yang berlaku kira kira 10 hari sebelum Tun Dr Mahathir berhenti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri,

2. Menurut Tan Sri Junid empat orang pegawai dari BPR (Badan Pencegah Rasuah) telah datang ke pejabat Tun Mahathir membawa beberapa buah fail yang mengandungi laporan dua orang Menteri.

a.     Kes melibatkan ribuan lesen teksi
b.     Kes melibatkan tanaman orkid menggunakan wang tabungan untuk tanam semula getah.

3.Memandangkan Tun Mahathir tinggal hanya 10 hari daripada tarikh perletakkan jawatannya, maka Tun Mahathir menyerahkan kes itu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak. Dengan itu Tun Mahathir ingin memberikan peluang kepada Pak Lah untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau (Pak Lah) mahu  membuat pembersihan secara menyeluruh. Ini sesuai dengan nama jolokkan Pak Lah sebagai Mr Clean

4.Bilamana Pak Lah bertelagah dengan Tun Mahathir, kedua pesalah rasuah ini ‘membodek’ Pak Lah dan dengan kuatnya menyerang Tun Mahathir.

5. Perbuatan mereka membuat mata Pak Lah menjadi kabur dan terus buta untuk melihat fail yang diserahkan oleh Tun Mahathir mengenai perbuatan rasuah yang di lakukan oleh kedua Menteri yang berkenaan.

6. Persoalannya apakah kedua Menteri yang berkenaan masih berada di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak?

7. Dengan tidak bertindak tegas terhadap kedua Menteri yang melakukan rasuah maka secara langsung Pak Lah sendiri menggalakan perbuatan rasuah.

8. Pak Lah mempunyai latar belakang pengetahuan yang hebat mengenai agama. Tetapi disebabkan tamak kuasa, segala pendidikan agama yang diperolehinya dipinggirkan dan dilupakan.

9. Diharapkan Pak Lah diberikan kesempatan untuk bertaubat atas perbuatannya bersuhabat dengan perasuah dan juga perlakuakn menantunya ketika pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

10. Merujuk kepada pada video di youtube,  “  https://youtu.be/hPOQYX9F7DE (KJ Rasuah part 1) dan https://you.be/ixlbB9VAem (KJ Rasuah Part 2)  ujud unsur rasuah. Ini berlaku semasa Pak Lah menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

11. Mengambil kira seperti di katakan tadi, maka dapat di lihat bahawa setelah Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO, parti itu telah rosak.

12. Parti itu rosak dari hari pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

13. Warisan Pak Lah di teruskan oleh Najib Abdul Razak sehingga kini beliau merupakan PM pertama di dunia yang paling rasuah.   

14. Benar, apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir bahawa UMNO telah rosak dan tidak boleh di perbaikki lagi.

15. Demi untuk menyelamatkan negara parti UMNO/BN harus di tukar.

16. Dengan pengalaman yang begitu luas yang di miliki oleh Tun Mahathir dan terbukti beliau telah berjaya membangunkan dan memajukan Malaysia, maka amat sesuai dan tepat beliau menyelamatkan negara dari lembah yang hina di mata dunia.
                                                           





No comments:

Post a Comment