Monday 24 August 2015

Bukan Ahli UMNO Yang Mahu Menjatuhkan Parti tetapi Pemimpin UMNO sendiri.


Ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, Naib Presiden UMNO Merangkap Timbalan Perdana Mernteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengingatkan ahli UMNO supaya tidak termakan dengan ‘cucukkan’ golongan yang suka menghasut kerana tindakan itu tidak mendatangkan kebahagian.

Di Perhimpunan UMNO 1996, Zahid bertindak “mencucuh” para perwakilan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir. Zahid bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Dr Mahathir. Usaha tersebut gagal kerana Dr Mahathir lebih bijak dari Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Mahathir mendedahkan senarai nama kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima projek jutaan ringgit dari iksan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri. Ini termasuk Zahid sendiri.

Sudah pasti ketika itu Zahid merasa bahagia dengan tindakan beliau kerana jika usaha beliau ketika itu untuk menggulingkan Dr Mahathir berjaya, maka  Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka Zahid akan menerima lebih banyak projek dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekarang ini, bilamana ada usaha untuk mendesak bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan beliau mempersoalkan pula apakah tindakan seumpama itu akan mendatangkan kebahagian. Mungkin Zahid dapat memberikan jawapan berdasarkan pengalaman beliau pada 1996 dimana beliau berkomplot dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Dr Mahathir, apakah beliau merasakan kebahagian melakukannya?

Pada Persidangan Perwakilan tersebut Zahid juga menyatakan, “kita juga perlu menolak sebarang usaha pihak yang mahu meruntuhkan parti dan mereka itu bukannya kuat, sebaliknya kita (ahli UMNO) dilemahkan dari dalam”.

Sebenar tidak ada ahli UMNO yang mahu meruntuhkan parti. Tetapi kegagalan Najib untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri akan meruntuhkan parti kerana rakyat tidak akan ada kepercayaan dengan corak pemerintahan dibawah kempimpinan Najib. Yang akan meruntuhkan parti bukan ahli UMNO tetapi Najib bersama kabinet “kayu” (yang di lantik) oleh Najib sendiri.

Jika 3 juta ahli UMNO sayangkan parti, sayangkan bangsa, sayangkan agama dan sayangkan Negara, mereka harus mendesak Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bekas PM Korea Selatan dihukum penjara 2 tahun kerana Dana Politik Haram hanya RM3.1juta. Manakala di Malaysia RM2.6billion (839 kali ganda) Perdana Menteri masih bebas dan masih berkuasa meneruskan super kerakusannya



No comments:

Post a Comment