Wednesday 19 August 2015

Salleh Said Keruak Otak Mati


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyatakan bahawa Tun Mahathir juga minta dan terima bantuan dari negara Arab.

Ramai bertanya kenapa harus negara Arab menderma kepada Najib sedangkan negara Arab yang lain seperti Palestin memerlukan dana.

Jika ada benarannya, apa yang dikatakan oleh Salleh Said Keruak, tidak kah beliau dapat berpikir didalam akaun peribadi Tun Mahathir tidak ada RM2.6billion. Ketika menyerahkan tugas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, segala dana telah di pindahkan kepada penjagaan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan tidak dimasukan kedalam akaun peribadi Tun Mahathir.

Mengenai wang RM2.6billion itu, persoalannya dimana baki “wang derma”tersebut? Simpan dimana dan dalam akaun siapa pula? Jika “wang derma”tersebut telah habis di gunakan kenapa tidak ada Penyata Kira-kira (Statement of Accounts) memperjelaskan pengaliran dana tersebut?


Rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimana telah menimbulkan permasalahan 1MDB. Jika tidak kerana beliau menimbulkan isu 1 MDB maka dana “derma”yang dimasukan kedalam akuan Najib tidak diketahui ramai. 

No comments:

Post a Comment