Monday 17 August 2015

Undi tidak percaya di Parlimen Sah mengikut Perlembagaan


Tahniah kepada TPM yang baru di lantik merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang telah memberikan peringatan bahawa selagi beliau Menteri Dalam Negeri sebarang usaha menggulingkan kerajaan tidak dibenarkan sama sekali.

Nampaknya Zahid memandang berat sebarang usaha untuk mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan. Setiap usaha untuk mendesak Najib meletakkan jawatan di takrifkan sebagai “usaha menggulingkan kerajaan”. Mendesak Najib meletakkan jawatan tidak bermakna menggulingkan kerajaan. Rakyat hanya perlukan Najib meletakkan jawatan sebagai PM disebabkan beberapa skandal yang dunia terlebih maklum.

Mari kita imbas kembali peristiwa di Perhimpunan UMNO 1996. Zahid sendiri merancang penggulingan kerajaan yang di pimpin oleh Dr Mahathir. Ketika itu Zahid balaci super tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zahid berusaha dengan gigih untuk menggulingkan Mahathir presiden UMNO merangkap PM pada waktu itu. Sedangkan Dr Mahathir tidak seperti Najib yang mempunyai 2.6billion in akaun peribadinya dari sumber yang tidak diketahui. Dr Mahathir tidak dikelilingi skandal seperti Najib.

Oleh kerana Dr Mahathir lebih bijak dari Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Zahid Hamidi, di perhimpunan itu juga Dr Mahathir mendedahkan semua kroni Anwar dimana mereka menjadi super jutawan mendapat projek beratus juta dari kerajaan atas ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bilamana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, Zahid tidak ada jalan lain bagi “survival politiknya”lantas terpaksa meminta ampun dari Dr Mahathir.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, “ terdapat dua cara untuk menukar kerajaan. Pertama menerusi undi tidak percaya di parlimen. Kedua, menerusi pilihan raya umum.  Jika selain daripada dua cara ini, kita akan menghalangnya.”

Mingguan Malaysia, terbitan Ahad, 16 Ogos 2015 melaporkan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menyatakan bahawa “gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik iaitu menerusi undi tidak percaya di Parlimen”.

Kenyataan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, selaku Menteri Dalam Negeri dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sangat bercanggah.
Saya kurang pasti sama ada Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, tahu apa yang beliau katakan mengenai undi tidak percaya dan perlembagaan negara yang berkaitan dengannya. Seperti orang putih kata, “ he is talking through his nose”.


No comments:

Post a Comment