Wednesday 12 August 2015

Tengku Adnan - The Green - Eyed Crocodile


Datuk A Kadir Jasin dalam blognya menyatakan bahawa nama sebenar Tengku Adnan Tengku Mansor adalah Teuku Adnan Teuku Mansor. Justru izinkan saya menggunakan nama asal beliau.

Teuku Adnan Bin Teuku Mansor menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad “ the green-eyed monster”. Jika diterjemahkan literal ke bahasa Malaysia, “raksasa bermata hijau”. Beliau menyatakan juga bahawa Tun Dr Mahathir cemburu selepas melihat kejayaan Malaysia”.

Dengan membuat kenyataan seumpama itu mempamerkan kebodohan Teuku Adnan. Kejayaan apa yang Malaysia telah capai semenjak Datuk Seri Najib Abdul Razak menjadi PM setelah PRU13 pada Mei 2013?

Kejayaan Tun Dr Mahathir  bukan sahaja dapat dilihat dan di banggakan oleh rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia. Kita lihat sahaja di Malaysia kemajuan pemerintah Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi PM.  Terdapat buktinya yang jelas dan nyata.

Kita tidak dapat menafikan ada juga kejayaan Malaysia dibawah pemerintah Najib ( dalam jangka kurang dari 3 tahun). Antara lain : -

1.       Mendapat “derma” sebanyak RM2.6billion ke dalam akaun peribadinya.
2.       Malaysia menjadi sebuah Negara yang korup
3.       Menyusut/menurunkan nilai mata wang dalam sejarah Malaysia (First Class Prime Minister)
4.       Mengemparkan dunia dengan isu 1MDB
5.       Dengan pendapatan RM20.000 sebagai PM setiap bulan dapat mengadakan majlis pertunangan dan perkahwinan yang begitu mewah jauh melebihi Raja-Raja. Beberapa majlis diadakan di Malaysia dan juga Kazakhstan. Berjuta-juta telah dibelanjkan lebih daripada apa yang PM Malaysia mampu.
6.       Membeli-belah di London, Paris dan di tempat-tempat diketahui sangat mahal
7.       Laporkan dari Wall Street Journal menjadi perhatian dunia terhadap Malaysia. (Kejayaan pull Malaysia’s image to the drain)
8.       Pelaburan anak PM yang beratus-ratus juta dalam menghasilakn filem lucah
9.       Pememecatan Timbalan PM, Menteri, Peguam Negara yang seterus dalam usaha untuk mengekalkan kuasa (Tindakan serupa seperti Lee Kuan Yew pada mulanya berkuasa dengan Operation Coldstore. Music yang sama tetapi rentak berlainan)
10.   Mematikan demokrasi untuk subvert institusi-institusi Kerajaan dan menjadikan ianya sebagai alat untuk mengekalkan dirinya.

Tidak menghairankan apabila jika Najib tidak lagi menjadi PM, maka Teuku Adnan akan menyerang Najib pula kerana Teuku Adnan sendiri merupakan “crocodile green-eyed”. Dalam bahasa Malaysia “buaya bermata hijau”.

Semasa Tun Dr Mahathir menjadi PM, beliau “mengampu dan mengilap”Tun Dr Mahathir sehingga beliau berada di tahap hari ini dalam arena politik. Beliau berjaya mengumpul kekayaan dizaman Tun Dr Mahathir. Saya masih ingat pertama kali saya berjumpa beliau semasa zaman Tun Mahathir di UMNO Wilayah ketika itu beliau Ketua UMNO Wilayah ( jika saya tidak silap).
Begitu juga kepada Datuk Seri Salleh Said Keruak.  They are no body at that once upon a time. Jika tidak kerana budi cara Tun Dr Mahathir Mohamad saya tidak yakin mereka berupaya mencapai kejayaan dimana meletakkan mereka seperti hari ini. Lepas jembatan tongkat di buang.

Melayu Mudah Lupa – itulah kata azimat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad





No comments:

Post a Comment