Monday 24 August 2015

Pemilihan Parti UMNO perlu di adakan mengikut jadual asal - Mukhriz


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan pemilihan parti Umno yang dijadualkan tahun depan tetapi kini ditangguhkan, perlu diadakan mengikut jadual asal.
Katanya, lebih baik pemimpin parti yang tidak lagi dikehendaki disingkirkan ahli parti, berbanding ditolak pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya harap perwakilan hari ini akan menyokong cadangan ini. Saya bercakap begini kerana saya sayangkan parti.
"Keadaan sekarang ini tegang. Pemimpin datang dan pergi, malah bapa saya (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pun bersara.


"Saya rasa kita harus biarkan ahli parti kita putuskan siapa yang layak untuk kekal sebagai pemegang jawatan dalam parti," katanya di hadapan ribuan perwakilan Umno Jerlun pada mesyuarat bahagian itu yang diadakan di SM Sains Kubang Pasu di Kedah.

No comments:

Post a Comment