Friday 21 August 2015

Najib mahu fitnah Mahathir


“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan dakwaan yang menyatakan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melalui “ proses pembersihan”ekoran perlantikan baharu Pengarah dan pertukaran Timbalan Pengarahnya adalah fitnah semata-mata. Ketua Polis Negara selanjutnya menyatakan bahawa pernukaran Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador sebagai Timbalan Pengarah isu-isu keselamatan dan Transnational (SIS) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah satu pengiktirafan diatas kemampuan dan pengalaman beliau dalam menangani isu-isu keselamatan.

Manakala Datuk Abdul Hamid Bador menyatakan beliau tidak akan sekali-kali berpaling tadah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun ‘dikerat-kerat’.

Beliau berkata demikian berdasarkan pada laporan di The Malay Mail Online yang tersebar di aplikasi WhatsApp  mendakwa Abdul Hamid akan mengadakan sidang media di Bukit Aman selepas sembahyang Jumat, 21 Ogos 2015 untuk “menjelaskan pembabitan Dr Mahathir dalam mengubah suai dan memalsukan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyerang dan menjatuhkan Perdana Menteri”(Datuk seri Najib Razak).

Datuk Abdul Hamid Bador selanjutnya dilaporkan sebagai berkata bahawa “Meskipun saya dikerat 12, tidak mungkin saya memfitnah seorang hamba Allah yang banyak menyumbang kepada Negara”.

Berdasarkan kepada kenyataan KPN dan Datuk Hamid Bador, rakyat dapat menilai dan rumusan sendiri maksud/objektif perlantikan baharu dan pertukaran Timbalan Pengarah Cawangan Khas. Jika dilihat dan di kaji pada dua kenyataan tersebut (KPN dan Datuk Abdul Hamid) terbukti bahawa seseorang itu sanggup membuat fitnah yang begitu sirius dalam usaha mengekalkan kuasa tanpa memikirkan kepentingan bangsa, agama dan tanahair. 

Berdasarkan kepada penerangan Datuk Abdul Hamid Bador, ahli UMNO seramai 3 juta dapat melihat cara Presiden UMNO/Perdana Menteri mentadbirkan negara. Jika Najib dapat merancang sebegitu kepada Mantan Perdana Menteri yang telah membangun Malaysia selama 22 tahun, apa ada kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia”.


No comments:

Post a Comment