Monday 3 August 2015

Walaupun kami ahli UMNO bukan hak kami memberikan sokongan kepada UMNO


Semasa menghadiri beberapa rumah terbuka Aidilfitri, beberapa ahli cawangan, Ketua Cawangan UMNO dan bahagian menyatakan kepada saya jika apa  yang di katakan oleh Perdana Menteri yakni ‘walaupun 1MDB dimiliki Kementerian Kewangan, itu bukan duit rakyat’. Menurut mereka itu membawa makna bahawa duit itu juga bukan duit dari ahli UMNO.

 Menurut mereka jika wang boleh sewenang2nya di masuk kepada akaun peribadai PM maka dari itu, bukan lah menjadi hak mereka atau tanggongjawab mereka (ahli UMNO) untuk memberikan sokongan kepada UMNO.

Menurut mereka walaupun mereka ahli umno tapi bukanlah hak parti (UMNO) untuk mengkehendaki mereka memberikan undi kepada UMNO. Walaupun mereka dari UMNO tapi mereka mempunyai hak untuk memberikan sokongan kepada parti melayu yang lain asalkan tidak kepada parti cina.


Mereke terus mempertikaikan dari mana Modal 1MDB itu diperolehi jika wang tersebut bukan duit rakyat. Mereka menamatkan perbualan dengan saya dengan menyatakan bahawa tidak mungkin mereka akan memberikan sokongan kepada UMNO (walaupun mereka ahli UMNO) melihat dan menimbangkan apa yang telah dikatakan oleh PM dan Menteri kabinat yang baru di lantik.

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan? Ia mengambil
    pinjaman untuk membayar bil anda? Pada masa ini kami menawarkan
    Pinjaman pendidikan, Pinjaman perniagaan, Pinjaman rumah, Pinjaman pertanian,
    Pinjaman peribadi, pinjaman Kereta, dll. Jika anda perlu
    menyatakan minat anda terhadap pinjaman, supaya kami dapat
    menghantar lebih banyak maklumat kepada anda.
    Hubungi kami melalui e-mel: sandradonaldloancompany@gmail.com.
    Terima kasih

    ReplyDelete