Tuesday 4 August 2015

JIKA RM2.6BILLION DATANGNYA DARI PENDERMA, MENGAPA TSMY DIPECAT?



Hasil siasatan berkaitan RM2.6billion yang didakwa dimasukkan ke dalam milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma dan bukan dari 1MDB.

Ramai yang mempertikaikan kenyataan ini kerana ianya mengambil masa yang begitu lama untuk memberikan penjelasan. Ada juga yang bertanya jika wang sebanyak RM2.6billion itu dari penderma kenapa pulak Tan Sri Muyhiddin Yassin di pecat ?

Ada juga menyuarakan jika wang tersebut datang dari penderma dan tujuannya bagi tujuan PRU, mengapa pula TSMY (ketika itu TPM) tidak diberitahu mengenai wang tersebut? Wang sebanyak itu juga harus di kabarkan kepada tiga Naib Presiden UMNO. Tapi ini tidak dilakukan.

Jika wang RM2.6billion diberikan kepada Datuk Seri Najib (sendirian berhad), maka apakah tujuan si penderma memberikan PM wang sebegitu banyak kepada beliau?

Mari kita renung apa yang di tulis oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya : -

1. Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.

2. Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.

3. Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

4. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.

5. Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya.


No comments:

Post a Comment