Tuesday 1 September 2015

Dr Mahathir berkempen untuk BN di Perhimpunan BERSIH



Kerana taksub kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, terdapat ada golongan (termasuk Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak)  menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan UMNO apabila Tun Mahathir menghadiri Perhimpunan BERSIH 4.0.

Bagi Said Kluwak, kemungkinan ingin membalas budi Najib kerana menaikkan pangkat dari Speaker kepada jawatan Menteri. Tetapi yakin dan percaya jika Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri atau tidak lagi berkuasa, maka Said Kluwak akan tidak lagi sehaluan dengan Najib. Ini merupakan satu kenyataan dimana ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Said Kluwak di lantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Ketika Said Kluwak mengampu dan menjilat Dr Mahathir dengan hebatnya. Said Kluwak lupa tanpa pertolongan dan usaha Dr Mahathir, tidak siapa yang mengetahui beliau. Jika itu berlaku diatas dirinya, maka keadaan beliau sama seperti “buah kluwak”di pasar.

Dalam ucapan Tun Mahathir dihadapan ribuan peserta BERSIH dimana majoritinya terdiri dari penyokong pembangkang, Tun Mahathir tetap mahu BN kekal sebagai Kerajaan pada PRU 14. Dengan nada yang berseloroh, Tun Mahathir menyatakan, anda juga menang, kerana Najib bukan lagi PM ketika itu..

Ucapan Tun Mahathir  itu di sambut dengan tepukan bergemuruh dari ribuan peserta perhimpunan dan sambil melaungankan ‘UNDUR NAJIB’. Keadaan ini telah mengamatkan suasana. Para pemimpin BN/UMNO (terutama Said Kluwak- buah kluwak dari Sabah) seharusnya memberikan penghargaan kepada Tun Mahathir, kerana dengan berani berkempen untuk BN didepan ribuan para peserta BERSIH. Kehadiran Tun Mahathir bukan memberi sokongan kepada BERSIH, tetapi menghargai majoriti rakyat yang mahukan Najib berundur segera.
Tun Mahathir menyokong rakyat yang mahu tolak Najib, bukan sokong BERSIH. Ini Tun Mahathir buktikan apa yang beliau katakan ketika di Majlis Bicara Negarawan di Pasir Gudang, Johor.

Kita tahu BERSIH 4.0 anjuran Pembangkang, tetapi dengan kehadiran Tun Mahathir disana telah meng “hijack” BERSIH sehingga membuatkan Lim Kit Siang, Wan Azizah, Mat Sabu dan pemimpin pembangkang yang lain kehilangan akal tak tahu nak sokong atau tidak. Betapa cerdiknya Tun Mahathir mengambil kesempatan keatas BERSIH 4.

Bayangkan jika Tun Mahathir tidak hadir, ke Perhimpunan BERSIH, ianya tetap diadakan dan di jalankan dan besar kemungkinan pemimpin pembangkang akan menjadinya sebagai platform untuk menghasut rakyat seperti mana Anwar Ibrahim menghasut sehingga para peserta mengganas dan merosak harta benda awam.  

Hasrat Tun Mahathir untuk mendesak Najib berundur sangat jelas maka Tun Mahathir menjadikan platform BERSIH 4.0 untuk merealisasikan hasratnya itu setelah segala saluran baik telah dihalang oleh Najib. Malaysia dibawah kepimpinan Najib merupakan satu pemerintah kuku besi seperti pemerintahan kuku besi zaman Lee Kuan Yew Singapura.


No comments:

Post a Comment