Sunday 3 May 2020

TSMY Keluar BERSATU Masuk UMNO


Malaysiakini melaporkan MP UMNO Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk semula UMNO.

1.Pada 30 April 2020, Malaysian Watch Group (MWG) di blognya mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MP parti BERSATU dalam Perikatan Nasional supaya keluar dari parti BERSATU.

2.MWG menegaskan bahawa setiap ahli BERSATU terutama pemimpin utamanya  harus menyedari dan menghayati  dasar perjuangan dan prinsip BERSATU iaitu menentang kleptrokasi dan rasuah. Maknanya bukan setakat sahaja menjatuhkan kerajaan kleptrokasi tetapi tidak bersengkongkol dengan parti dan pemimpin mengamalkan rasuah dan penyalahan guna kuasa.  

3.Ada menyatakan BERSATU telah berjaya menumbangkan kerajaan kleptroasi, sudah cukuplah, dah berjaya tu. Mereka yang berkata sedemikian lupa bahawa keadaannya sama seperti pandemik Covid 19.Kita harus menentangnya sehingga wabak itu terhapus sama sekali. Jika hanya mengurangkan jangkitan atau menjatuhkan foundationnya tidak bermakna menghapuskan sama sekali seperti covid 19. 

4.Sama keadaan dengan kleptrokasi, berjaya menjatuhkan kerajaan kleptrokasi (foundation) tetapi ‘wabak atau virus’ masih berkeliaran. Dan kita harus menjauhkan diri jauh dari mereka. Dalam kontek kini klusternya di PN.

5.TSMY seorang yang boleh dikatakan cukup pendidikan agama. Kita digalakan ingat jasa baik dari sesiapa juga terhadap kita. Maka balaslah budi baik (dalam isu ini) parti BERSATU. Setelah UMNO singkirkan TSMY, beliau tanpa parti. Tetapi dengan parti BERSATU beliau (TSMY)  dapat mempertahankan kerusi parlimen Pagoh yang membawa beliau kepada kedudukan hari ini. Jangan merosakan pengetahuan agamanya sehingga di label sebagai PENGKHIANAT kepada dasar perjuangan parti yang sama sama di tubuhkan. 

6.TSMY harus menyedari bahawa apa yang di lakukan akan tercatet dalam sejarah dimana akan di baca oleh generasi akan datang termasuk di kalangan keluarga TSMY.

7.Justru, terimalah cadangan MP UMNO dan masuk kembali ke pangkuan UMNO. Jangan menjadikan beban kepada parti BERSATU ingat jasa parti itu kepada beliau.

8.Elok bagi TSMY keluar dari BERSATU sebelum hari Pemilihan BERSATU yang dijadualkan diadakan pada Jun depan. Ini kerana beliau akan ditentang oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri besar Kedah. Sekiranya TSMY tewas akan mencalarkan reputasinya sebagai Ketua Kerajaan Perikatan Nasional. Berkemungkinan akan hilang jawatan sebagai Perdana Menteri. 

No comments:

Post a Comment