Thursday 7 May 2020

TSMY Elok Berundur Dari BERSATU


Semalam 6 Mei 2020, Armada BERSATU pada mesyuaratnya membuat keputusan menolak UMNO. Keputusan/ketetapan sayap itu menyokong penuh pendirian Pengerusi BERSATU, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad  untuk tidak bekerjasama dengan UMNO .

1.Mengikut laporan 7 Mei 2020 ada menyatakan pertemuan semalam (6 Mei 2020) dengan ketua parti adalah ‘pelik’ dan ‘nampak seakan ‘terdesak’ dan “tidak bertanggungjawab”.

2.Jelas yang membuat kenyataan seumpama itu cetek pengetahuan politiknya. Ini kerana di luar negara dimana parti politik yang ada sayap pemuda atau wanita atau apapun sayap, maka ketua parti mempunyai hak untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh sayap berkenaan parti berkenaan. Jadi apa yang di lakukan oleh Armada bersesuaian dan tepat.

3.Pada hari yang sama, 6 Mei 2020 dilaporkan bahawa Majlis Tertinggi UMNO menolak cadangan penubuhan Perikatan Nasional secara rasmi. Jika begitu keadaannya maka penubuhan/pembentukkan kerajaan PN juga boleh dianggap sebagai tidak rasmi dan perlu di kaji pada sudut perundangan.

4.Berkemungkinan pembangkang pula akan melihat dari segi perundangan dan perlembagaan Malaysia dan jika perlu kebarangkalian akan mengambil tindakan susulan. Ini akan mengugat kerjaan pintu belakang.

5.Jelas kedudukan PN kini berada ‘terumbang-ambing dan rapuh’ dan  tidak mustahil akan tumbang dan menyembah bumi.

6.Pendirian UMNO yang terkini  boleh membawa kepada beberapa ahli parlimen BERSATU yang bersama TSYM dimana merupakan anggota kerajaan akan ‘berpaling tadah’ dan pulang ke pangkuan BERSATU bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi BERSATU.

7.Bukan itu sahaja kedudukan TSMY kini tidak ‘stabil’ sebagai Perdana Menteri. Pada bila bila masa akan dapat di singkirkan jika enggan menyertai semula UMNO. 

8.Di BERSATU pula kedudukan TSMY tidak menentu. Ini hanya dapat di ketahui pada bulan June bilamana di adakan Pemilihan parti BERSATU.

9.Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU akan di cabar oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

10.Sekiranya di takdirkan Allah SWT, Tan Sri Muhyiddin Yassin tewas dalam pemilihan parti BERSATU apa akan terjadi kepada TSMY? Tidak mungkin UMNO dan PAS akan bersetuju TSMY memegang jawatan sebagai PM!

11.TSMY menghadapi dua keadaan yang tidak menentu. Pertama, kenyataan terkini UMNO dimana menolak cadangan penubuhan rasmi Perikatan Nasional dan kedua masalah TSMY di parti BERSATU.

12.Dirasakan dan dicadangkan dalam usaha menjaga imej sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman adalah elok jika TSMY berundur secara sukarela dari BERSATU. Dan kemungkinan fokus mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Salah satu pilihan TSMY kembali kepada UMNO. 

13..Situasi TSMY dan UMNO seperti suami isteri. Bergaduh, maki hamun antara satu dengan yang lain dan berpisah. Kemudian rujuk semula. Ini adalah satu perkara biasa dalam kehidupan.  Tetapi jika TSMY tewas dalam pilihanan parti BERSATU merupakan satu keadaan luar biasa dan dapat mencalarkan imej TSMY. 

No comments:

Post a Comment