Wednesday 20 May 2020

Masa Menentu Kejatuhan Kerajaan Pintu Belakang



Malaysiakini 19 Mei 2020 melaporkan bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin "berhak" menjadi pemangku pengerusi parti, setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Muhyiddin pada 24 Februari.Dalam surat bertarikh 5 Mei, ROS mengatakan penilaian ini berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

1.Menurut laporan Malaysiakini surat yang dapat dilihat menyebut bahawa “Berdasarkan dokumen yang dikemukakan - iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi Bersatu oleh Muhyiddin, presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru,”

2.Jika puak yang menyokong Presiden BERSATU Presiden TSMY memperlihatkan surat yang di tangani oleh Tun Mahathir meletakkan jawatan (ketika itu) maka tidak lah salah bagi pihak ROS mengeluarkan kenyataan sedemikian.

3.Kemungkinan pihak ROS tidak diberitahu bahawa selepas Tun Mahathir menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Pengerusi  kepada Presiden Parti, satu mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU telah diadakan dan membincangkan isu yang berkaitan. Akhirnya pada mesyuarat itu keputusan DENGAN SEBULAT SUARA MENOLAK PERLETAKKAN  JAWATAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi BERSATU. Dari itu surat perletakkan jawatan yang dikirimkan oleh Tun Mahathir kepada Presiden BERSATU tidak terpakai.

4.Sangat sukar untuk dipercayai bagi seorang yang sangat berpengalaman sebagai seorang ahli politk seperti TSMY, yang juga Mantan TPM serta jawatan menteri sebelum itu, TSMY tidak menyedari hal seperti ini. Maksudnya, walaupun surat perletakkan telah diterima dan bilamana kemudiannya dibincangkan pada mesyuarat yang diadakan dan mengambil keputusan dengan sebulat suara menolak perletakkan berkenaan maka surat perletakkan jawatan (sebelumnya) tidak terpakai. 

5.Penglibatan ROS berkemungkinan dilakukan oleh malaun malaun BERSATU yang berada bersama TSMY hari ini dengan agenda mengujudkan keadaan ketidak amanan dan permusuhan yang teruk diantara TSMY dan Tun Mahathir. 

6.Malaun malaun yang berkaitan menyedari situasi dan keadaan politik terkini dimana kedudukakan mereka sebagai Menteri atau Timbalan Menteri dari parti BERSATU tidak stabil bahkan terasa ‘tergugat serta goyang’ sekiranya TSMY tidak lagi menjadi Presiden BERSATU.

7.TSMY mengenali Tun Mahathir kian lama dan beliau juga sedar bahawa sebelum Tun Mahathir mengambil atau berbuat sesuatu maka Tun Mahathir telah memikirkan serta menyusun langkah dengan teliti dan akibat nya (jika ada). Tidak mungkin ‘back-fire’.

8.Allah SWT akan bersama dengan mereka yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan menentang pemimpin kleptokrasi dan pemimpin rasuah serta mencuri. Kerana ianya juga bertentangan dengan ajaran Islam. 

9.Percaya dan yakin hanya masa akan menentukan kejatuhan kerajaan rampasan kuasa politik (kudeta).
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment