Saturday 16 May 2020

Dendam Kesumat TSMY Terhadap Tun Mahahthir

Malaysiakini melaporkan Bahagian II episod Kisah aneh Muhyiddin Yassin oleh Liew Chin Tong (16 Mei 2020)

1.Dari apa yang dapat dibaca dan rumusannya adalah segala apa yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan untuk mencapai agenda  peribadinya.  

2.Menurut Liew Ching Tong bahawa TSMY merasa kecewa sejak 1995 terhadap Tun Mahathir ketika itu Presiden UMNO. Menurutnya, Tan Sri Muhyiddin  ‘bersungut’ kerana Tun Mahathir hanya melantik beliau sebagai Menteri Belia & Sukan dimana pada pendapat TSMY satu jawatan paling rendah.

3.Dengan pengalaman sebagai Menteri Besar selama 9 tahun dan bila di tarik
ke pusat beliau hanya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan bukan Menteri Ekonomi sepertimana diharapkan.

4.Mungkin TSMY lupa apa yang dilakukan semasa menjadi MB Johor dan tidak perlu di jelaskan di sini. Tetapi kemungkinan rakyat Johor tidak lupa apa yang dilakukan sehingga beliau di ‘tarik’ ke kerajaan pusat. 

5.Selepas kemenangan pada PRU 14 pula TSMY dilantik oleh Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sebagai Menteri Dalam Negeri.

6.Sekali lagi TSMY merasa kecewa kerana agenda politik peribadinya tidak tercapai. TSMY mengharapkan menjadi Menteri Kewangan.  Apa sebenarnya objektif TSMY untuk menjadi Menteri Kewangan?  Kemungkinan Tun Mahathir melihat dan menimbang rekod beliau sewaktu beliau (TSMY) menjadi MB Johor.

7.Kemudian menurut Liew Ching Tong satu persoalan di ajukan apakah beliau (TSMY) wajar menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya berlaku peralihan kuasa daripada Dr Mahathir ke Datuk Seri Anwar Ibrahim? 

8.Dari apa yang digambarkan oleh Liew Ching Tong bahawa TSMY sebenarnya mempunyai cita-cita tinggi dalam politik. Perjuangan politiknya bukan semata -mata berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air tetapi untuk mengejar kedudukan dan kepentingan diri. 

9.Rumusan dari apa yang di terangkan oleh Liew Chin Tong bahawa apa yang di lakukan TSMY kepada Tun Mahathir merupakan satu dendam kesumat terhadap Tun Mahathir selama ini berbeku di hati sanubarinya.

No comments:

Post a Comment