Friday 8 May 2020

Apakah UMNO & PAS Akan Singkirkan TSMY Sbg PM?


Dalam satu Kenyataan Media, Setiausaha Agong BERSATU Dato’ Marzuki Yahya menyatakan pada mesyuarat terakhir MPT (badan eksekutif tertinggi) ada membincangkan sama ada untuk keluar PH atau tidak pada 23 Februari 2020 tetapi
ketetapan MPT ketika itu adalah untuk memberi masa kepada pengerusi Dr Mahathir Mohamad bagi memutuskan perkara berkenaan.

1.Kenyataan Dato’ Marzuki Yahya disahkan oleh Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin dalam satu kenyataan kepada media.

2.Mengkaji dan mengambil kira Perlembagaan BERSATU Pasal 16.2.1: “Menjadi Pengerusi dan Pemimpin Utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti; “dan
16.2.2: “Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi,” 

3.Difahamkan bahawa Bersatu tidak pernah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan Umno, PAS ataupun Perikatan Nasional (PN). MPT juga hanya bersetuju dengan Mahathir sebagai calon perdana menteri daripada Bersatu.

4.Dengan penerangan tersebut jelas bilamana ada  ahli Parlimen Bersatu yang lain menghantar nama kedua, tindakan itu telah melanggar ketetapan MPT BERSATU. Apakah lagi bekerjasama dengan UMNO dan PAS dimana tidak mendapat persetujuan dari MPT BERSATU. 

5.Tindakan seumpama itu jelas melanggar perlembagaan parti BERSATU dan bertindak bertentangan dengan ketetapan MPT BERSATU. Satu perbuatan pengkhianatan kepada parti BERSATU.

6.Jesteru, mengambil kira kenyataan seperti diatas maka TSMY dan beberapa MP asalnya dari BERSATU tidak mewakili parti BERSATU dalam kerajaan Perikatan Nasional. 

7.Maka dengan pada persidangan parlimen pada 18 Mei 2020, BERSATU berada di barisan pembangkang dan tidak mewakili BERSATU di pihak kerajaan Perikatan Nasional. 

8.BERSATU masih lagi berada di luar PH  tetapi dari golongan parti pembangkang di parlimen. 

No comments:

Post a Comment