Monday 11 May 2020

Nafas Politik TSMY Dalam Keadaan Nazak


Surat edaran Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dikeluarkan pada 10 Mei 2020 menyebut bahawa ianya akan diadakan 11 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari.

1.Merujuk kepada surat edaran yang berkaitan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak di jemput. 

2.Beberapa jam kemudian satu lagi surat di keluarkan dan dihantar kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menyatakan mesyuarat yang dijadualkan pada 11 Mei 2020 di tunda ke satu hari yang akan ditetapkan nanti.

3.Ini terjadi berdasarkan bantahan beberapa ahli MPT dan juga netizen di sosial media mempersoalkan tindakan tidak menjemput Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ke mesyuarat berkenaan.

4.Kedengaran suara yang kuat menyatakan akan berlaku pemecatan keatas Pengerusi Tun Dr Mahathir dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.Jelas menunjukkan ada pakatan jahat.

5.Dikabarkan juga Kem Muhyiddin Yassin telah mendapat alasan yang kuat untuk bertindak selepas Mahathir dan Mukhriz secara terbuka mengkritik keputusan presiden Bersatu itu meninggalkan PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS, GPS dan parti-parti kecil lainnya.

6.Jika benar, maka tindakan sedemikian merupakan satu tindakan yang gila dan bersikap kuku besi, mana mungkin memecat dengan tidak memanggil Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz di panggil ke mesyuarat dan membela diri. Ini jelas budaya UMNO yang di ulang tayang oleh kem Muhyiddin. Memecat seseorang pemimpin tanpa diberikan peluang membela diri seperti UMNO lakukan terhadap TSMY. 

7.Segalanya sudah dirancang kerana difahamkan anggota MPT Bersatu yang berpihak kepada Muhyiddin telah mengadakan mesyuarat berasingan dimana Syed Saddiq Abdul Rahman, Marzuki Yahya,Tariq Ismail Mustafa dan lain lain dari kem Mahathir tidak diundang.

8.Difahamkan bahawa TSMY hadir pertemuan itu tetapi pemimpin kanan Bersatu yang keluar Umno selepas PRU14 yang menerajui mesyuarat tersebut.

9.Sepertimana sebelum ini TSMY menghadiri Langkah Sheraton menjatuhkan kerajaan PH, kini lakukan semula untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas yang membuat ‘kerja kotor’ bekas ahli UMNO yang kini menjadi ahli BERSATU.

10.Maka itu kem Muhyiddin dalam tindakan mahu menjatuhkan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz gunakan formula UMNO yang ‘memakan diri’ TSMY sedikit masa dulu. Kini mahu di gunakan dengan objektif memecat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz tanpa memanggil membela diri. 

11.Tetapi Allah tidak merestui perbuatan jahat mereka pada bulan Ramadan dan rancangan jahat mereka gagal hanya beberapa jam sebelum dilakukan. Apa ertinya berpuasa jika niat jahat, hasrat dengki masih terpahat di hati sanubari yang terlibat.

12.Selama ini TSMY dalam beberapa ucapannya menyatakan bahawa beliau tidak punyai cita cita pun mahu menjadi Perdana Menteri sepanjang penglibatan politiknya. Menurutnya segala dilakukan selama ini untuk membela bangsa, agama dan tanah air. 

13.Pada ketika itu keadaan TSMY seperti ayam terbang malam. Rakyat tidak ketahuan. Tapi akhirnya melihat segala yang berlaku dan perancangan sulit, (seperti diterangkan diatas) TSMY memang sudah lama punya cita cita untuk menjadi PM dan setelah mendapatnya akan melakukan apa sahaja dalam usaha mempertahankan kedudukannya walaupun parti akan hancur disebabkan beliau. 

14.MP Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan notis usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. 

15.Tun Dr Mahathir dikenali dengan sikapnya bahawa sesuatu langkah atau tindakan sebelum diambil sudah pasti penelitian telah dilakukannya. Begitu juga dengan tindakan menghantar usul tindak percaya terhadap PM kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

16.TSMY lebih mengetahui dirinya berkenaan laporan yang di buat kepada Agong kononnya beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Begitu Tun Dr Mahathir mengetahui keadaannya sehingga saat ini. Kemungkinan dari itu Tun Mahathir menghantarkan usul tidak percaya terhadap PM.

17.MP Bersatu yang ikut TSMY berkemungkinan tidak semuanya menyokong tindakan TSMY tetapi disebabkan ‘political survival’ mereka mengikut rentak TSMY dan penyangak UMNO yang kini jadi MP Bersatu.

18.TSMY pula menyedari kebarangan kalian ada MP UMNO secara senyap akan memberikan sokongan kepada usul Tun Mahathir nanti.

20.MP PAS pula tidak mungkin berubah sokongan terhadap TSMY kerana keadaan mereka sekarang seperti ‘si kudung mendapat cincin’.

21.Maka itu TSMY dan gengnya berusaha untuk memecat Tun Mahathir dan Datuk Seri 
Mukhriz hari ini 11 Mei 2020 tetapi gagal. Begitu juga keadaannya pada 18 Mei nanti bila usul Undi tidak percaya dilaksanakan maka berakhirlah riwayat TSMY sebagai PM.


1 comment:

  1. Casino Las Vegas Hotel - MapYRO
    Casino 광명 출장마사지 Las 여주 출장마사지 Vegas Hotel. 고양 출장마사지 4000 West Flamingo Road, 군산 출장안마 Las Vegas, NV 구리 출장샵 89109, US. Find map. This place is in the historical district of this city and is close to

    ReplyDelete