Thursday 14 May 2020

Singkir Muhyiddin Dari BERSATU

Pemilihan BERSATU akan berlangsung pada bulan Jun 2020. Pada pemilihan tersebut kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden parti dicabar oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi BERSATU.

TSMY telah membawa keluar BERSATU dari gagasan Pakatan Harapan maka tumbang kerajaan PH yang di pilih oleh rakyat secara proses demokrasi.

Ini dilakukan oleh Muhyiddin kearah dan bertujuan untuk berkerjasama dan berjabat tangan dengan pemimpin rasuah/  kleptrokasi ,serta parti yang memperalatkan agama demi kepentingan politik. Turut terlibat serpihan PKR serta PAS.Ini faktor yang tidak dapat dinafikan. 

Muhyiddin berjabat tangan dengan parti dimana pemimpinnya mengamalkan rasuah yang terbesar di dunia. Muhyiddin, UMNO, PAS dan serpihan PKR yang di gelar kumpulan SEMBURIT telah melancarkan kudeta politik (rampasan kuasa) melalui apa yang dipanggil sebagai Langkah Sheraton dan membentuk kerajaan tebuk atap.

Pemimpin dan akar umbi BERSATU yang tidak bersetuju dengan tindakan Muhyiddin melabel Muhyiddin sebagaj Pengkhianat kepada perjuangan asal BERSATU menentang kleptrokasi dan rasuah.

Penjelasan diberikan oleh Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Majlis Tertinggi BERSATU tidak membuat keputusan untuk keluar dari gagasan PH dan berkerjasama dengan UMNO/PAS dan Semburit. Bahkan mesyuarat tertinggi BERSATU yang berlangsung pada 23 Febuari 2020 menetapkan untuk menyerahkan keputusan sama ada mahu atau tidak keluar PH terletak kepada Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan Muhyiddin bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi BERSATU. Dari itu merupakan tindakan  pengkhianatan kepada perjuangan BERSATU.

Justeru, ahli BERSATU harus bertindak dengan pikiran yang matang demi kelangsungan perjuangan parti. 

Ahli BERSATU mesti dan harus meletakkan kepentingan dan asas perjuangan parti mengatasi kepentingan diri dan keluarga. 

Lebih lama ahli BERSATU menyimpan pemimpin seperti ini akan membawa kepada kehancuran dan kemusnahan parti BERSATU. Sayangilah BERSATU seperti menyayangi diri sendiri.

Perbuatan Muhyiddin seperti wabak pandemik Covid 19 dimana ahli BERSATU mesti memutuskan rangkaian jangkitan virus tersebut. Untuk menjayakannya maka Muhyiddin wajib di singkirkan dari BERSATU pada Pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung June depan dengan tidak memberikan sokongan/mengundi kepada beliau sebagai Presiden BERSATU. 

Ini cara yang terhormat dan sangat sesuai untuk singkirkan Muhyiddin melalui proses demokrasi.

Demi perjuangan BERSATU maka Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib di singkirkan dari BERSATU pada Pemilihan BERSATU.

No comments:

Post a Comment