Tuesday 7 April 2020

Pemimpin Pembangkang Spura salahkan rakyat Malaysia Covid 19


Ramalan pilihan raya Singapura akan di adakah pada masa terdekat tidak dapat di nafikan.
2.Ini memandangkan kepada laporan Electoral Boundaries Review Committee (EBRC) telah di bawa ke parlimen Singapura pada 13 March 2020.
3.Pejabat Pilihan Raya Singapura telah menyatakan bahawa bill berkenaan akan di bentangkan di parlimen Singapura bagi mendapatkan kelulusan.
4.Melihat kepada empat pilihan raya lepas di adakan di Singapura bahawa setelah bill Boundaries Review Committee (EBRC) di luluskan di parlimen maka ianya mengambil masa kurang sebulan bagi pembuburan parlimen kearah mengadakan pilihan raya umum. 
5.Seluruh dunia sedang menghadapi musibah COVID 19 dimana beberapa negara terpaksa bukan sahaja mengadakan peraturan yang sangat ketat untuk memutuskan rangkaian virus yang berkenaan termasuk menguatkuasakan lockdown.
6.Ramai merasakan ‘pelik’ kerana disamping mengadakan peraturan yang ketat mengawal penyebaran virus Covid 19, kerajaan Singapura enggan mengadakan lockdown bagi memutuskan rangkaian covid 19.
7.Kerajaan Singapura hanya mengarahkan penutupan sekolah dan pengajian tinggi dan beberapa syarikat sahaja.
8.Ini dilakukan kerana kerajaan Singapura merupakan sebuah kerajaan kapitalis.
9.Ini dapat di lihat walaupun seluruh dunia sedang menghadapi musibah covid 19, kerajaan Singapura mengambil kesempatan melalui kesempitan rakyat untuk mengadakan pilihan raya. Menurut kerajaan Singapura sebarang usaha menangguhkan pilihan merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan Singapura. Agak aneh tetapi rakyat dan parti pembangkang tidak berupaya menghalangnya.
10.Ini satu strategy kerajaan PAP menagih simpati rakyat. Dalam keadaan begini sebuah kerajaan akan bersungguh2 menabur bakti kepada rakyat samada ikhlas atau menunjuk nunjuk saja. Dan rakyat pula akan berasa terhutang budi.
11.Keadaan dilanda virus akan dijadikan modal berkempen keprihatinan/kebajikan oleh kerajaan kepada rakyat. 
12.Pada masa yang sama parti  pembangkang dilarang berhimpun, mengadakan rapat umum rasaksa dan berkempen memandangkan ditakuti penyebaran virus ini.
13.Parti pembangkang pula mengambil kesempatan ini dalam usaha kononnya untuk menyatukan rakyat Singapura dan ‘kononnya’ dengan sikap “ patrotik“ kepada Singapura dalam menghadapi isu melibatkan negara luar seperti Malaysia.
14.Ini dapat dilihat  video yang di viralkan dimana seorang pemimpin pembangkang Singapura, sebuah parti politik pembangkang menyalahkan warga/pekerja Malaysia kononnya membawa virus Covid 19 di Singapura.
15.Ketua Pembangkang itu tidak pula menyalahkan kerajaan sendiri, Singapura, yang membenarkan pelawat dari negara China melawat Singapura tanpa saringan dan setelah itu pelawat yang berkenaan menaikki bas ke Malaysia melalui Johor dan menyebarkan jangkitan virus Covid 19. Ini bermulanya virus Covid 19 merebak di Malaysia.
16.Mengapa pemimpin yang berkenaan tidak menyalahkan kerajaan sendiri (Singapura) kerana kegagalan membuat saringan di peringkat awal ketika pelancong masuk ke Singapura? 
17.Disebabkan kegagalan Singapura membuat saringan pelancong yang melawat ke pulau itu dan kemudian pelancong itu masuk ke Johor maka tersebar jangkitan Covjd 19 di Malaysia. 
18.Kami ingin memberikan amaran kepada sesiapa sahaja di Singapura jangan menjadikan Malaysia sebagai “mangsa” permainan politik di Singapura. 

No comments:

Post a Comment