Friday 10 April 2020

PKP Di Gunakan Sbg Alat Kepentingan Politik


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden parti BERSATU mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi dua minggu sehingga 28 April 2020.

2.Dengan pengumuman melanjutkan tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) persoalan yang timbul ‘apakah ianya merupakan satu keperluan atau PKP di gunakan sebagai ‘alat’ oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti BERSATU untuk menghalang ahli parti BERSATU mengadakan perhimpunan/perjumpaan menjelangnya pemilihan kepimpinan parti BERSATU?

4.Ramai menyedari bahawa kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti BERSATU sangat tergugat bilamana ada dikalangan ahli parti melabel Presiden parti dan kuncu kunci sebagai PENGKHIANAT. 

5.Ini terjadi bilamana Tan Sri Muhyiddin Yassin bersengkongkol dengan sebuah parti dimana pemimpinnya terlibat berbagai skandal dan perasuah nomber satu dunia.

6.Kerana itu Presiden parti, BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin ditentang oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

7.Semua ahli BERSATU menyedari bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat bagi mengecualikan 12 ahli BERSATU daripada PKP. Kesemuanya datang Pahang.

6.Apa perlunya KDN melibatkan individu-individu dipercayai pemimpin Bersatu yang begitu penting dan perlu diadakan sekarang sehingga mereka perlu dikecualikan daripada PKP untuk bergerak dari Pahang ke Putrajaya?

7.Menteri Dalam Negeri ialah Hamzah Zainuddin yang baru-baru ini dilantik Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menjadi setiausaha agung parti. Beliau bekas Ahli UMNO.

8. Datuk Marzuki Yahaya setiausaha agung Bersatu mengesahkan semua nama tersebut merupakan ahli parti berkenaan. Datuk Marzuki menafikan nama-nama berkenaan merupakan kakitangan KDN.

9.Dengan perkembangan terbaru ini jelas ahli parti dapat melihat usaha sedangkan dilakukan bagi menghalang ahli BERSATU terutama penyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir daripada mengadakan berjumpaan, perhimpunan atau menjalankan aktiviti parti dalam usaha memberikan penerangan dan mendapatkan sokongan bagi Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. 

10. KPK kini merupakan satu alat yang sesuai untuk di gunakan bagi menghalang para penyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir daripada mara kehadapan untuk menjalankan kempen mengalahkan TSMY pada pemilihan parti. Kesempatan kekuasan yang ada di tangab di salahgunakan dengan melanggar PKP untuk kepentingan politik peribadi. 



No comments:

Post a Comment