Saturday 18 April 2020

Malaysia berjaya menangani Covid 19 berbanding Singapura


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata bahawa kejayaan China dan Korea Selatan menangani penularan wabak Covid-19 banyak didorong faktor disiplin dan sikap rakyat yang patuh pada arahan kerajaan.
2.Menurut Tun Mahathir, hal itu,berbeza dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang terlalu menjunjung kebebasan hingga menyebabkan rakyat mereka ingkar terhadap arahan kerajaan dalam usaha membendung pandemik itu.
3.Tun Mahathir selanjut berkata, “Kita dapati, (di negara Eropah dan AS), arahan pemerintah tak dipedulikan, rakyatnya lakukan apa saja, kerana kepercayaan mereka bahawa mereka bangsa yang bebas, mempunyai hak sama, tak harus diberikan arahan oleh kerajaan, dan mereka tahu apa yang patut dilakukan maka sebab itu kita dapati China dan Korea Selatan dapat tangani masalah ini dengan lebih berjaya, kerana mereka apabila diberi sesuatu arahan, rakyat akan patuh,” 
4.Kita dapat melihat sejauh ini, Pemerintah Singapura sering dipuji, di dalam dan di luar negara, atas perencanaan dan pandangan kehadapan.
5.Tetapj beberapa bulan ini dunia dapat melihat kepincangan Singapura dalam menghadapi pamedik Covid 19. 
6.Ini terbukti  dengan peningkatan mendadak kes-kes covid-19 di kalangan populasi pekerja migran negara itu kini telah memaksa pemerintah untuk mengambil tindakan drastik langkah-langkah.
7.Pada hari 16April 2020, Singapura menyaksikan jumlah kes baru yang tertinggi setakat ini: 728, sebahagian besarnya adalah di antara pekerja migran. Sembilan asrama, yang menempatkan lebih daripada 50,000 lelaki, kebanyakannya dari Bangladesh, India dan China, telah dinyatakan sebagai "kawasan pengasingan". Pada hari 14 April 2020 pemerintah meletakkan semua asrama secara efektif dalam penutupan, yang bermaksud bahawa sekitar 300,000 pekerja sekarang mempunyai sekatan pergerakan.
8.Apa yang berlaku di Singapura tidak sama seperti apa berlaku di negara negara Eropoh kegagalan menangani Covid 19 berpunca dari fahaman rakyatnya (seperti yang di terangkan oleh Tun Mahathir) tetapi ianya berpunca dari sikap pemerintahan yang selfish (mementingkan diri/politik) dan tidak mengambil kira teguran pembangkang di sana. 
9.Dilaporkan di sosial media pemimpin pembangkang di sana pada peringkat awal sudah membuat beberapa teguran dan membuat cadangan bagi menangani masalah covid 19 tetapi pemerintah Singapura mengabaikan teguran mereka. (Goes to the deaf ears).
10.Elemen lain penolakkan pemerintah Singapura atas usul pembangkang disana kerana parti yang memerintah negara pulau itu merupakan sebuah pemerintah kapitalis dan mentadbirkan pulau yang berkenaan secara kuku besi. 
11.Kami berpendapat walau apa pun berlaku di Singapura atau dilakukan keatasnya, rakyat Singapura tetap akan memberikan sokongan kepada parti yang memerintah kerana selama memerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan jayanya telah dapat membentuk rakyatnya seperti ROBOT dimana CONTROL nya di pegang dan di kuasai oleh PAP (parti memerintah)
12.Keadaan di Singapura tidak akan berubah (terutama rakyat Melayunya) melainkan rakyatnya sendiri berusaha mengubah seperti pada pilihan raya umum yang bakal di adakan tidak lama lagi. 
13.Kami menasihatkan orang Melayu di Singapura bahawa kegagalan kelian untuk mencari perubahan seperti di akui oleh Perlembagaan Singapura Artikel 152 jangan membuat perbezaan dengan keadaan Melayu di Malaysia.
14.Di Malaysia, walaupun bertukar parti yang memerintah tetapi tetap di kuasai oleh bangsa Melayu seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sepertimana ketika parti PH mengalahkan
 UMNO/BN.  Dan Institusi Raja berperlembagaan masih kekal. 
15.Jadi jangan sering mencampuri politik Malaysia atas alasan kelian di Singapura tidak mahu apa yang berlaku di sana akan berlaku di Malaysia. Don’t talk rubbish if you don’t have the guts to make changes in Singapore. Immediately stop the nonsense.




No comments:

Post a Comment