Sunday 26 April 2020

Ada Pihak lancar Serangan Terhadap Tun Mahathir


Serangan terhadap Tun Manathir telah di lancarkan melalui aplikasi whatsapp grup. Ini dinamakan “silence operation”. Ianya seperti berikut : -

“Mahathir is a Kerala Malay. He doesnt hve the inner core to help. He only loves HIS power politics. Malay culture died. Our Bahasa smashed up. Must not allow him to come to power again. TSM mst make Malay power a reality. With kindness and integrity. This is Malay country first. A cosmopolitan second”.

2.Persoalannya benarkah begitu? Buktikan? Atau hanya merupakan satu fitnah jahat terhadap Tun Mahathir dalam usaha untuk “mengampu/membodek” pihak yang satu lagi. 

3.Jika kita imbas kembali hanya pemimpin UMNO yang gemar kaitkan Kerala dengan Tun Mahathir. Mereka menyalak kononnya Tun Mahathir bukan dari keturunan Melayu.

4.Kali ini kenapa pula dikatakan Mahathir Kerala Malay atau Melayu Kerala? Pihak tertentu menyedari jika mereka terus meneruskan menyerang Tun Mahathir dan
melabel Tun M bukan dari keturunan Melayu maka serangan yang pasti hebat akan diterima dari ahli BERSATU seluruh negara. 

5.Mengimbas kembali pada satu Perhimpunan Agong UMNO, pemimpin UMNO menunjukkan pada perwakilannya konon kad pengenalan Tun Mahathir’ berketurunan kerala yang bukan Melayu. Tetapi sehingga saat ini tidak dapat membuktikan kad pengenalan Tun Mahathir yang dimaksudkan. Dari itu dapat kita mengambarkan whatsapp terkini yang di viralkan datangnya dari mana.

6.Pada keseluruhnya jika dilihat isu yang diviralkan itu mempunyai motif mempertahankan kerajaan yang di bentuk melalui rampasan kuasa iaini kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk atap.

7.Perbuatan rampasan kuasa bertentangan dengan konsep demokrasi dan merupakan satu perbuatan pengkhianatan kepada mandat rakyat.

8.Dalam usaha mengabui mata rakyat maka gejala memuji/mengangong/membodek pemimpin kerajaan pintu belakang dan memburukkan satu lagi pemimpin maka serangan terhadap Tun Mahathir di lancarkan.

9.Dalam serangan terhadap Tun Mahathir puak berkenaan menyatakan  “He (Tun Mahathir) doesnt hve the inner core to help. He only loves HIS power politics. Malay culture died. Our Bahasa smashed up”.

10.Rakyat Malaysia yang waras pemikirannya tidak dapat menafikan fakta bahawa Tun Mahathir di samping membina negara tetapi nasib orang Melayu tidak pernah di abaikan. Lihat keadaan sebelum dan sesudah menjadi PM. Begitu juga kebudayaan dan bahasa melayu di jaga dan di semai.

11.Telah dua kali Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sewaktu menjadi PM ke 4 dan PM ke 7. Jika Tun Mahathir loves his power politics seperti dinyatakan, maka he will never resigned. So what the heck they are talking about.

12.Dirasakan hanya satu sahaja Tun Mahathir ‘doesnt hve the inner core to help’ ia itu untuk membantu (help) pemimpin yang bersengkongkol dengan perasuah dan penyamun. Ini merupakan prinsip Tun Mahathir dan ini juga yang di pertahankan oleh beliau sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU walaupun di tentang oleh bekas Setiausaha Politiknya yang menyokong tindakan TSMY untuk duduk bersengkkngkol dengan penyamun dan perasuah. 

13.Akhirnya kerana perbuatan golongan ini maka BERSATU keluar dari Pakatan Harapan dan menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

14.Walaupun BERSATU telah keluar dari PH walaupun pada awalnya ada tawaran kepada Tun Mahathir untuk terus mengetuai PH tetapi di tolak oleh Tun Mahathir. 

15.Jika Tun Mahathir pada peringkat awal menerima tawaran untuk terus mengetuai PH maka Tun Mahathir masih kekal menjadi PM kerana ketika itu Tun Mahathir punyai sokongan majoriti ahli parlimen sebagai PM.

16.Jelas Tun Mahathir tidak hadap kuasa atau jawatan Perdana Menteri. Dari itu apa yang dikatakan oleh pihak tertentu hanya BULL SHIT untuk memberikan gambaran negatif terhadap Tun Mahathir Mohamad.

No comments:

Post a Comment