Thursday 30 April 2020

Keluar Dari Parti BERSATU


Sheikh Umar Bagharib Bin Ali (ADUN Paloh)
Taqiuddin Che Man (ADUN Pulai Sebatang)
Keduanya dari parti BERSATU Johor telah mengeluarkan kenyataan bersama pada 30 April 2020. Antara lain kedua YB telah menyatakan : -

1. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor adalah 'mangsa keadaan' percaturan politik di peringkat persekutuan apabila mereka yang terlibat memulakannya dengan Langkah Sheraton.

2.Kesan paling malang kepada BERSATU Johor adalah hilang kerusi Menteri Besar (MB). PPBM Johor menjadi 'korban' paling sadis dalam sejarah pengkhianatan ini. Maskipun mungkin ia adalah 'barter trade' untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) 'proceed' dengan jawatan sebagai Ketua Kerajaan di peringkat persekutuan, namun tiada siapa boleh menafikan bahawa kehilangan kedudukan MB di Johor memberi implikasi besar terhadap percaturan dan peranan setiap parti di peringkat negeri. 

3.Begitu antara lain kenyataan bersama dua ADUN BERSATU.

4.Setiap ahli parti BERSATU wajib menghayati dasar dan prinsip perjuangan parti BERSATU. 

5.Matlamat asal BERSATU ialah menentang kleptokrasi dan pemimpin rasuah yang didokong oleh UMNO. 

6.Setelah berjaya menumbangkan parti kleptokrasi kini ada pemimpin BERSATU yang bersengkongkol dengan pemimpin dan parti yang mengamalkan kleptokrasi dan rasuah. Ini sangat bertentangan dengan dasar dan prinsip BERSATU.

7.Kini BERSATU berpecah menjadi dua. Yang pertama sebahagian berada bersama Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana mempertahankan dasar dan konsep enggan untuk bekerjasama dengan parti dan pemimpin yang mengamalkan kleptokrasi dan rasuah dan sebahagian bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bersengkongkol dengan parti yang mengamalkan kleptokrasi dan rasuah iaini UMNO. 

8.Dapat di buat kesimpulan bahawa Presiden BERSATU mengetuai kudeta politik Langkah Sheraton dan mana menjatuhkan kerajaan yang sah di pilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Ini jelas dan tidak ada yang waras pemikirannya dapat menafikannya.

9.Apa yang berlaku di dunia mana mana kudeta sama ada oleh tentera atau ahli politik ( seperti di lakukan oleh kumpulan PN) maka ketua pergerakan KUDETA yang bersangkutan akan di lantik sebagai Perdana Menteri. 

10.Kudeta tersebut telah berjaya dan maka hendaknya jangan ada usaha untuk memporak perandakan BERSATU. Hendaklah mana pemimpin atau ahli BERSATU yang bersetuju dengan Perikatan Nasional maka keluarlah dari BERSATU. Ikut seperti Azmin Ali dan beberapa ahli PKR yang lain.

11.Walaupun apa dilakukan oleh Azmin Ali tetapi beliau masih sayang kepada PKR dan tidak mahu melihat PKR menjadi porak peranda maka beliau dan yang lain keluar dari PKR. Jadi pemimpin dan ahli BERSATU yang berada bersama kumpulan Azmin Ali ikutlah langkah Azmin Ali. 

12.Golongan atau puak ini boleh juga memilih untuk masuk semula ke pangkuan UMNO dimana mereka berasal. Atau boleh masuk PAS.

13.Sekiranya puak ini ( dari BERSATU) meninggal dunia sekali pun maka sejarah tidak akan mencatet mereka sebagai Pengkhianat kepada perjuangan parti. Mahukah pemimpin BERSATU meninggal dunia dengan sejarah mencatetkan sebagai PENGKHIANAT?

3 comments:

  1. Rasanya kuasa AMPT yg boleh putuskan arah mana parti Bersatu perlu pergi. Pemimpin2 ini kurang waras dalam politik. Perjuangan menolak kleptokrasi adalah alasan. Perjuangan parti sebenarnya adalah utk A Ba TA. Kalau utk menolak kleptokrasi bermakna Bersatu dah berjaya. Najib dan tersingkir dan UMNO tumbang. Jadi bubarkan sahaja Bersatu.

    ReplyDelete
  2. Muhyiddin dan company harus belah dari BERSATU. UMNO tumbang ? UMNO masih berkuasa jangan jadi jadi buta mata

    ReplyDelete
  3. Siapa keluar dari Bersatu? Sheikh Umar Bagharib Ali (ADUN Paloh) Ketua DAPSY Johor, Muhamad Taqiuddin Che Man (ADUN Pulai Sebatang) pula Ketua Pemuda Amanah Johor..

    ReplyDelete