Saturday 25 April 2020

Allah melindungi Tun Mahathir dari FITNAH


Dunia sedang menghadapi ‘serangan musuh halus’ yang tidak dapat di kesan melalui radar yang canggih. ‘Serangan musuh halus’ yang berkenaan telah menelan 150.000 jiwa (Laporan Reuters pada 17 April 2020)
2.Serangan yang maksudkan adalah Covid 19. Malaysia tidak terkecuali menghadapi serangan Covid 19.
3.Dalam usaha membendung serangan Covid 19 kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya. Tindakan antara lain mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
4.Bagi memastikan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan agensi kerajaan seperti polis dan tentera di kerahkan.
5.Bukan itu sahaja setiap perhimpunan ramai tidak di benarkan. Masjid di tutup. Sholat tidak dibenarkan di masjid. Sholat Jumaat tidak benarkan. Sholat Hari Raya juga menerima nasib yang serupa. Dan berbagai lagi.
6.Pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berbagai tuduhan di limparkan terhadap beliau. Sedangkan beliau berjuang dengan ikhlas demi untuk menyelamatkan negara dan maruah bangsa serta agama.
7.Antara lain Tun Mahathir dituduh tunduk pada DAP, Tun Mahathir boneka DAP dan DAP yang memerintah negara bukan Tun Mahathir. DAP memperalatkan Tun Mahathir dan berbagai kecaman dilimparkan.
8.Tuduhan juga dilimparkan dibawah pemerintahan Pakatan Harapan agama Islam terancam begitu juga penghapusan kuasa Raja Raja Melayu. Negara Melayu di bawah pemerintah Cina DAP. Ada segelintir orang Melayu dari Singapura juga membuat tuduhan seumpama itu melalui sosial media.Sedangkan bangsa dan agama sendiri di negara sendiri diabaikan.Ini satu perbuatan yang dianggap mengapi apikan orang Melayu di Malaysia menentang Tun Mahathir dan Pakatan Harapan.
9.Bayangkan jika ketika ini PH masih memerintah, Masjid di tutup, Umat Islam di larang ke masjid/surau, sholat jumaat di tiadakan, sholat hari raya juga di nafikan, rakyat tidak di benarkan pulang ke kampong masing masing untuk berhari raya bahkan semasa hari raya juga sekatan menziarahi sanak saudara juga tidak di bolehkan. Mereka akan menuduh Covid 19 hanya merupakan alasan atas desakan DAP.
10.Segalanya akan di gunakan UMNO dan PAS dalam mendapatkan sokongan dari orang Melayu. Kita dapat melihat dari hari pertama UMNO dan PAS berkomplot dengan puak puak tertentu berjaya memasuki parliamen melalui pintu belakang, isu bangsa dan agama tidak lagi kedengaran atau di tiup ke telinga orang melayu. Ini jelas UMNO memperalatkan bangsa dan PAS untuk mencapai cita cita politik masing masing.Sebenar puak ini gila kuasa dan kedudukan.
11.Biasanya kuasa yang diperolehj dengan cara paksaan tidak akan kekal lama.Akhirnya kerajaan PN yang merampas kuasa (perampas) akan tumbang dengan kuasa dan keizinan Allah SWT. Tidak perlu menunggu PRU15. PN akan tumpas. 

No comments:

Post a Comment