Sunday 29 March 2020

Menteri Team TSMY Nampaknya Hilang Ingatan

Minggu lalu seorang Menteri kabinet TSMY (BERSATU) dalam satu wawacara kelihatan seperti ‘hilang ingatan’ bilamana menuduh kepimpinan Tun Dr Mahathir gagal menangani wabak virus COVID 19. Beliau lupa bila wabak yang berkenaan bermula dan dari mana (negara mana) berpunca.

2.Bahkan beliau juga hilang ingatan kerana ketika itu bos beliau (TSMY) adalah Menteri Dalam Negeri.

3.Penyakit ‘hilang ingatan’ dikalangan MP BERSATU team TSMY nampaknya telah merebak kepada yang lain seperti merebaknya virus COVID 19.

4.Hari ini 29 March 2020 Malaysiakini melaporkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (BERSATU) menyatakan bahawa kemelut yang berlaku di Parti BERSATU seperti peristiwa di zaman Sayidina Ali Abi Talib, Muawiyah dan Khawari dimana kedua duanya mendakwa di pihak yang benar.

5.Sebagai ahli BERSATU beliau seharusnya / wajib menghayati sejarah penubuhan parti BERSATU. Agenda dan prinsip parti BERSATU di tubuhkan.

6.Jika beliau menghayati sejarah penubuhan parti BERSATU dan apa yang menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘keluar’ dari bersara maka beliau tidak akan menyatakan kemulut yang melanda part BERSATU kerana kedua kedua pihak mendakwa yang benar.

7.Prinsip Parti BERSATU menentang Parti dan Pemimpin yang KORUP & PEMIMPIN SALAH GUNA KUASA.

8.Justru, mana mana pemimpin parti BERSATU yang bersengkongkol dengan parti dan pemimpin yang korup bukan dari keluarga parti BERSATU.  

9.Jelas satu PENGKHIANATAN kepada perjuangan parti. 

No comments:

Post a Comment