Thursday 26 March 2020

Muhyiddin pentingkan politiknya daripada rakyat



Sedang dunia menghadapi musibah Covid 19 dimana Malaysia tidak terkecuali, nampaknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sirius menanganinya malahan memanaskan politik negara bahkan beliau keliru atau dikelirukan.

2.Ini jelas dengan’ pemecatan Setiausaha Agong Parti BERSATU dan melantik spesis dari UMNO mengantikan Datuk Wira Marzuki tanpa berbincang dengan Pengerusi Parti BERSATU  Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana di tuntut oleh perlembagaan parti BERSATU.

3.Kenyataan terbaru dengan mengumumkan perlantikkan spesis dari umno sebagai Setiausaha Agong Parti BERSATU cukup membuktikan Muhyiddin mahu memanaskan keadaan politik parti BERSATU dan menimbulkan keadaan tidak aman dan tenteram politik negara.

4.Tindakan Muhyiddin seakan akan di ‘rasuk lembaga hitam’ (jika bukan syaitan} dimana beliau mementingkan kedudukan politiknya daripada masalah dan musibah yang di hadapi oleh rakyat dan negara.

5.Seharusnya sebagai Perdana Menteri selepas berjaya ‘merampas kuasa’ kerajaan Muhyiddin wajib memikirkan nasib pekerja Malaysia seramai 300.000  dimana 200.000 berulang alik setiap hari dari Johor ke Singapura.

6.Kerajaan Singapura dan majikan mereka disana telah menyatakan keengganan untuk terus ‘membiayai’ masalah perumahaan dan membenarkan mereka tinggal lebih lama di Singapura.

7.Apa akan terjadi kepada mereke selepas 31 March 2020? Apa akan terjadi kepada isteri dan anak anak pekerja yang terlibat? Kerajaan PN tidak kisah kepada nasib mereka asalkan kedudukan politik mereka stabil dan tidak terancam.

8.Muyhiddin jelas mementingkan kedudukan politiknya dan puak puak yang bekerjasama dengan beliau yang berjaya merampas kuasa.

No comments:

Post a Comment