Monday 23 March 2020

PN tunjuk sikap Kuku Besi


Zaman pemerintah Pakatan Harapan, DAP di kutuk di kecam berbagai. Pemimpin Melayu dalam kerajaan PH dikatakan menjadi Barua dan tunduk kepada Cina DAP.

2.Bilamana Kerajaan PN bertindak untuk tidak memberikan peruntukan kepada kawasan parlimen Muar dan Langkawi teringatkan saya apa yang berlaku di negara jiran Singapura.

3.Ayah dan ibu saya tinggal dikawasan yang di wakili oleh pembangkang (ketika itu) Kawasan parlimen Potong Pasir. Bukan sahaja kedua orang tua saya tetapi beberapa teman saya juga tinggal di sana.

4.Di Singapura parti yang memerintah adalah Parti Tindakan Rakyat (PAP). Di Malaysia PAP dianggap sebagai ‘bapak’ kepada DAP. Kerana asalnya DAP adalah PAP.

5.Kawasan yang di kuasai oleh pembangkang (contoh Potong Pasir seperti di katakan tadi) tidak menerima layanan yang sama seperti kawasan yang dikuasai oleh wakil parti yang memerintah. Sedangkan sama ada pengundi itu tinggal di kawasan parti yang di kuasai oleh parti memerintah atau pembangkang mereka tetap dan wajib membayar cukai.

6.Begitu juga di Langkawi dan Muar penduduk di sana masih membayar cukai. Tetapi mengapa peruntukan dikedua kawasan parlimen di nafikan? 

7.Kemungkinan tindakan seperti ini langkah awal sebelum tindakan selanjutnya diambil keatas ahli dan penyokong tegar pembangkang terutama sekali dari parti BERSATU.

8.Mungkin ada akan bertanya tindakan apa?

9.Tindakan : seperti mereka tidak dibenarkan bekerja dengan agensi agensi kerajaan.

No comments:

Post a Comment