Monday 23 March 2020

Najib Razak Penasihat PN?


Pada perutusan terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Pencarum Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan wang simpanan dari akaun dua bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka akibat Covid 19.

2.Persoalannya mengapa KWSP menjadi sasaran dalam menghadapi masa sukar pandemik Covid 19?

3.Sebelum ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada membuat gesaan agar KWSP memudahkan pencarum hadapi masa susah akibat Covid 19. Apakah dengan pengumuman perdana menteri mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah “PENASIHAT” kerajaan PN?

4.Kita jangan lupa masih ada ahli kabinet PN terdiri dari ‘penasihat-penasihat Najib-UMNO’.
Zaman Najib/UMNO Apa terjadi pada wang KWSP dan Tabung Haji? Nampak sasaran yang sama di gunakan. 

5.Seharusnya kerajaan sendiri membantu rakyat pada masa sukar dan bukan meminta rakyat “korban” simpanan bagi masa tua mereka dalam menghadapi pandemik Covid 19.

6.Misalnya kerajaan wajib membantu rakyat yang gajinya kebawah RM3k sebanyak RM1000 dan one time payment sebanyak RM500 kepada rakyat yang menerima gaji kebawah RM5k. Bukan menyuruh rakyat ‘ mengorek’ tabung simpanan mereka.

7.Malaysia bukan negara yang miskin jika lihat kepada gaji PM, Menteri,Menteri Besar,Ketua Menteri dan Exco. Jangan lupa mereka juga menerima elaun sebagai MP dan Adun.  

8.Kenapa tidak kerajaan memotong gaji mereka sebanyak 50% atau 30% pada masa sukar ini? Kenapa harus mengorbankan wang simpanan pekerja untuk masa tua mereka?

9.Kemana slogan “sebuah kerajaan yang prihatin kepada masalah rakyat?”

No comments:

Post a Comment