Saturday 28 March 2020

Ahli Parti BERSATU Wajib Bangkit


Dilaporkan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Setiausaha Agong yang di lantiknya (perlantikan dipertikai) mengeluarkan surat rasmi parti BERSATU memaklumkan akan memberikan bantuan kepada setiap bahagian parti untuk di agihkan kepada ahli ahli yang terjejas COVID 19 (Kononnya)

2.Parti BERSATU mempunyai 189 bahagian di seluruh negara. Jika setiap bahagian parti di agihkan sebanyak RM4000 maka akan melibatkan jumlah yang besar iaini RM756.000.

3.Parti BERSATU di tubuhkan pada 8 September 2016. Dari tarikh penubuhannya pemimpin tertinggi parti BERSATU terutama Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkorban sepenuh jiwa raganya membangunkan parti sehingga berjaya meletakkan beberapa calon bertanding pada PRU14. Ini semua memerlukan perbelanjaan yang besar untuk bertanding pada PRU.

4.Pada PRU14 Parti BERSATU berjaya menubuhkan kerajaan dibawah gagasan Pakatan Harapan. Tetapi hanya berkuasa selama 22 bulan sahaja sebelum di hijack oleh puak dari Perikatan Nasional.

5.Puak Perikatan Nasional berjaya ‘hijack’ kerajaan Pakatan Harapan kerana adanya ‘musuh dalam selimut dan pengkhianat’ dalam kepimpinan parti BERSATU.

6.Berhubung dengan pengumuman Presiden TSMY mengenai pengagihan wang sebesar RM756.000 kepada 189 bahagian parti, persoalan di hadapan ahli adalah darimana (sumber) Presiden parti mendapatkan wang sebanyak itu?

7.Apakah sumber itu dari dana parti? Apakah pemberian wang sebesar itu sudah di bincangkan dengan Pengerusi Parti Tun Dr Mahathir Mohamad? Apakah tidak perlu di adakan perbincangaan di peringkat tertinggi parti BERSATU? Ini yang sangat penting di terangkan kepada ahli parti BERSATU khususnya dan umumnya kepada rakyat.

8.Jangan mengulangi kesilapan atau jenayah yang di lakukan oleh Mantan Presiden UMNO/Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pemimpin lainnya dimana kes jenayah mereka sama ada sedang berjalan atau menunggu masa untuk dibicarakan.

9.Memang benar kita memerlukan bantuan kewangan di saat yang sukar seperti hari ini. Tetapi kita juga harus mempunyai tanggong jawab bagi mengetahui dan bertanya wang yang akan di salurkan itu dari mana sumbernya.

10.Tambahan jika pemberian yang berkenaan atas nama parti maka apakah selaras dengan perlembagaan parti?

11.Ingin di ulangi Apa Yang Dilakukan pemimpin UMNO jangan berlaku pada parti BERSATU. Jangan khianati perjuangan asal parti BERSATU.

No comments:

Post a Comment