Sunday 22 March 2020

Rakyat Malaysia gagal diberikan penjelasan mencegah COVID 19



Kerajaan dan pihak pihak tertentu ‘marah’ kepada orang ramai kerana tidak mematuhi Perintah Larangan Kawalan Pergerakan. Begitu juga tiada penerangan yang menyeluruh risiko COVID 19 dan bagaimana virus itu mudah menjangkit.

2.TV utama dan stesen yang lain tidak memberikan penerangan dan tiada program atau publiksiti tunjuk ajar dalam usaha mendidik orang ramai bagaimana dan cara untuk menghindar dari mendapat atau di jangkiti virus tersebut.

3.TV di Malaysia terlalu sibuk melaporkan soal politik dan hiburan tetapi tidak banyak program mendidik.

4.Misalnya, kerajaan tidak perlu melarang orang ramai daripada makan di restaurant jika mereka di ajar jarak satu kerusi dengan kerusi yang lain. Misalnya di restoran biasanya ada 4 atau lima kerusi di kurangkan hanya 3 kerusi sahaja. Ini menandakan antara satu kerusi dengan yang lain mesti jauhnya 1 metre. 

5.Pada umumnya TV utama gagal memberikan pendidikan kepada orang ramai. TV  mengutamakan “politik panas” sahaja.

6.Menteri Media & Communikasi nampaknya “hilang” dari radar. Beliau harus mengambil perhatian jangan syok sendiri. Banyakkan publiksiti yang dapat mendidik rakyat dalam menangani COVID19.

7.Rakyat di suruh Stay At Home. Tapi tidak diterangkan Why Stay At Home. Setiap rakyat mempunyai pikiran yang berlainan. Ada yang faham dan ada yang masih kurang faham dan ada yang langsung tidak faham. Jangan ingat bila menteri keluarkan arahan setiap rakyat memahami terutama isu COVID 19. Ianya memerlukan penjelasan yang menyeluruh.

8.Pada saat begini TV memainkan peranan sangat penting dalam rangka memberikan pendidikan kepada orang ramai.

9.TV dapat memainkan peranan mengujudkan ‘Mental Resolution’ dalam usaha menanamkan kesedaran mengenai virus COVID 19.

10.Jika ini dapat di pratikkan maka tentera tidak perlu dilibatkan bahkan menyenangkan tugasan PDRM dan agensi yang lain.

11.TV di minta hentikan siaran politik yang melampau atau ‘menyalakan politik panas’. Utamakan keselamatan negara dan rakyat.

No comments:

Post a Comment