Tuesday 1 August 2017

Zahid Hamidi Menggali Kubor Sendiri


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat UMNO Kelana Jaya telah mengungkit (kononnya) sejarah keturunan Mahathir dengan menanyangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

2. Tun Mahathir telah mencabar Zahid untuk menunjukkan kad pengenalan yang berkenaan. Menurut Tun Mahathir bahawa Zahid adalah KAKI PEMBOHONG. Dan beliau malu orang seperti Zahid ada dalam kabinet Malaysia.

3. Tun Dr Mahathir mendedahkan sebulan setelah Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid telah menemuinya dan meminta sokongan Tun Mahathir bagi beliau (Zahid) menjadi Perdana Menteri.

4. Walaupun Tun Mahathir marah kepada Datuk Seri Najib tetapi Tun Mahathir tidak bersetuju dengan cara Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.

5. Dengan rasa amat kecewa tidak mendapat sokongan Tun Mahathir bagi beliau (Zahid) menjadi Perdana Menteri maka Zahid Hamidi menyerang Tun Mahathir.

6. Setelah gagal mendapat sokongan menjadi Perdana Menteri, Zahid mula membodek Najib.

7. Apakah Najib dan sepupunya Hishammuddin akan berdiam diri setelah Tun Mahathir mendedahkan niat Zahid untuk menjadi Perdana Menteri dan menjatuhkan Najib?

8. Apakah mereka berdua akan membiarkan sekam dalam api terus membara untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri?

9. Apakah Hishammuddin akan membiarkan Zahid menjadi Perdana Menteri dengan mengorbankan sepupunya Najib?

10. Membiarkan sekam dalam api membara atau menyimpan gunting dalam lipatan akan membahayakan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan membuka jalan Najib dan Rosmah jalan mudah menuju ke Sungei Buloh.

11. Apakah Hishammuddin akan membiarkan sepupunya bersama isteri (Rosmah) menginap di Istana Kedua iaini Penjara Sungai Buloh? Sudah pasti jawapannya tidak.

12. Sudah pasti, Najib dan Hishammuddin akan berusaha untuk menyingkirkan Zahid dalam parti dan kerajaan.

13. Akhirnya Zahid akan masuk ke lubang kubor yang di galinya sendiri.


Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un

No comments:

Post a Comment