Friday 4 August 2017

Berdarah Mamak Lebih Cerdik dari berdarah Melayu



Pada beberapa hari yang lalu (1 August 2017) telah di terbitkan satu rencana dengan tajuk, “Zahid Hamidi Menggali Kubor Sendiri”

2. Di rencana tersebut telah di timbulkan dua perkara :-
   (a) Pembohongan Zahid Hamidi mengenai Kad Pengenalan Tun Dr Mahathir
   (b) Niat jahat Zahid untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai
        Perdana Menteri dan  beliau (Zahid) berhasrat untuk menjadi Perdana
        Menteri.

3. Walaupun penerangan telah di berikan oleh ahli keluarga Tun Mahathir, tetapi terdapat “anjing anjing” masih menyalak mempertahankan Zahid Hamidi manakala tuan punya badan ( Zahid ) membisu seribu bahasa.

4. Saya terpanggil untuk menulis rencana kali kedua mengenai isu yang sama. Ini kerana keadaan Tun Mahathir sama seperti saya.

5. Atok saya seorang Indian Muslim, tetapi ayah saya bukan Indian Muslim. Begitu juga saya dan anak anak saya.

6. Atok saya bercakap dan faham bahasa India, tetapi tidak pada ayah, adik beradik saya (termasuk saya) serta anak anak saya.

7. Walaubagaimana sekali pun apa salahnya berdarah mamak? Bahkan mereka yang berdarah mamak lebih cerdik dari darah keturunan Melayu. Darah mamak rajin berkerja sedangkan darah keturunan melayu malas bekerja. (mungkin tidak semua tetapi kebanyakkannya)

8. Di Singapura terdapat kesemua calon untuk menjadi Presiden negara tersebut berdarah mamak termasuk satu wanita berdarah mamak dan beliau merupakan Speaker Parliament.

9. Speaker of Parliament berdarah mamak tidak makan dedak. Dan tidak pula di saman ke Mahkamah. Mereka berdarah mamak lebih tulus dan ikhlas dari mana mana bangsa pun.

10. Jika betul ( tapi tak betul pun) apa yang dikatakan mengenai keturunan Tun Mahathir, maka terbukti bahawa negara Melayu di bangun dan dimajukan oleh darah keturunan India. Mengikut laporan, sebenar Atok kepada Tun Mahathir dari Yeman. Apakah orang Melayu tidak merasa malu kerana tidak berupaya untuk membangun dan memajukan negara sendiri iaini Negara Melayu? Iaini memerlukan orang bukan dari keturunan Melayu? (jika benar)

11. Apakah bangsa Melayu tidak malu mempunyai pemimpin dikalangan keturunan mereka ( ianini Melayu)  yang dikenali seluruh dunia sebagai Kleptokrasi.

12. Ada anjing menyalak kononnya Mahathir mempergunakan UMNO dan orang Melayu. Sebenarnya merekalah yang mempergunakan Mahathir untuk kepentingan parti dan bangsa Melayu. Pemimpin UMNO tidak sedar kebodohan diri sendiri.

13. Jika di pakai analogi dalam keluarga, mereka terdiri dari anak durhaka dan anak yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya. Kurang ajar namanya.

14. Ada pemimpin UMNO kata Tun Mahathir celaka. Tapi sebenarnya mereka yang tidak tahu mengenang jasa orang tua atau orang lain itulah golongan celaka. Paling celaka lagi jika makan dedak dan memaki hamun orang tua atau orang yang telah berjasa dan berbudi kepada negara, bangsa dan agama.

15. Pemimpin yang di pandang hina keturnanan nya telah mendidik bangsa Melayu dan memajukan bangsa dan negara Melayu. Pemimpin yang berdabik dada mengaku sebagai pemimpin Melayu (UMNO) tidak mahu ke? Mana maruah kamu dimana keturunan darah bukan Melayu melakukan apa yang pemimpin Melayu (UMNO) tidak dapat lakukan?

16. Ada menyatakan sesiapa sahaja yang makan hasil dari rasuah, masuk ke perut menjadi darah daging mereka, sememangnya kulit menjadi tebal dan tidak ada perasaan malu. Langsung tidak bermaruah.

17. Apabila negara yang di bangunkan dan dimajukan tersangat maju jatuh ke tangan pemimpin yang kononnya melayu (sedangkan dari darah Bugis dan Jawa) habis harta negara di jualnya dan menjadi pemimpin paling rasuah mengikut sejarah negara Malaysia. Rasuah yang terbesar di dunia dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.

18. Pemimpin yang berkenaan memperbodohkan bangsa Melayu. Jelas mereka yang menyokong UMNO terdiri daripada mereka yang tidak sedar diri mereka di perbodohkan. Yang Salah di katakan betul dan yang haram dikatakan halal.

19. Ya di dunia kamu sedap cekek hasil rasuah, api neraka dan siksaan di akhirat sedang nanti.


18. Ya di dunia kamu sedap berbohong, nantikan di akhirat lidah kamu akan di potong, Fahami Al Quran dan Hadith Nabi.

No comments:

Post a Comment