Thursday 24 August 2017

Pemimpin UMNO Memperalatkan Ketua Kampong

Ketiga tiga Perdana Menteri Singapura, Mendiang Lee Kuan Yew, Goh Chok Tong dan sekarang ini Lee Hsien Loong ( anak Lee Kuan Yew) mengambil tindakan mahkamah sekiranya dalam pendapat mereka ada tuduhan yang berunsur fitnah terhadap mereka. Antara lain mereka yang disaman terdiri daripada:

a.     Seow Khee Leng – Setiausaha Agong Singapore United Front (SUP)
b.     Mendiang J B Jeyaretnam – Setiausaha Agong Parti Pekerja (WP)
c.      Dr Chee Soon Juan – Setiausaha Agong SDP
d.     Tang Liang Hong – Parti Pekerja
e.     Bekas Presiden Singapore, Mendiang C.V. Devan (Mantan MP Bangsar DAP)
f.       Syed Ja’afar bin Hassan Albar
g.     Far Eastern Economics  Review
dan beberapa individu yang lain.

3. Pada setiap kes saman malu yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Singapura oleh mereka bertiga berjaya di buktikan sebagai fitnah.

4. Mengambil kira status mereka sebagai Perdana Menteri maka pampasan yang di tuntut tersangat tinggi dan mencecah setengah juta mata wang Singapura.

5.Kebanyakkan dari mereka menjadi muflis kerana tidak mampu membayarnya.

6. Menurut ketiga tiga mereka, mendiang Lee Kuan Yew, Goh Chong Tong dan Lee Hsein Loon (PM Singapore sekarang ini) mereka menyaman malu dan menuntut pampasan yang tinggi kerana kedudukan mereka sebagai ketua negara dan mahu mempertahankan maruah mereka sebagai pemimpin dan menjaga imej negara.

5. Di Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri, sejak beberapa tahun lalu di tuduh sebagai pencuri wang rakyat. Wang curian sebesar RM2.6b masuk ke akaun peribadinya dan seterusnya berbagai salah laku.

6.Isteri pada Najib mempunyai belian merah jambu hasil dari wang curian bernilai RM116.75 juta dan beratnya 22.17 karat. 

7. PM Malaysia di tuduh sebagai Penyamun, Penganyak dan Perompak didalam dan diluar negara.

8. Pada mulanya hanya Mantan Perdana Menteri menyatakan Najib mencuri duit.

9. Tetapi hari ini setiap pemimpin Pembangkang dan Wakil Rakyat Pakatan Harapan  menuduh Najib sebagai Pencuri Penyamun dan Perompak. 

10. Najib dan kepimpinan UMNO/BN hanya menggunakan lidah dan gusi menyatakan bahawa itu semua fitnah pembangkang tanpa mengemukakan bukti.

11. Jika benar merupakan fitnah kenapa tidak mahu mempertahankan maruah diri dan keluarga dengan menyaman mereka di Mahkamah?

12. Mengapa tidak mencontohi perdana menteri singapura menyaman mereka di Mahkamah jika mereka yakin semua tuduhan sebagai fitnah? (seperti dinyatakan diatas)

13. Selama ini Najib dan menterinya menyatakan Tun Mahathir membuat fitnah tetapi gagal membuktikannya.

14.Perkembangan terbaru Ketua kampong di pergunakan untuk “menyerang” Tun Mahathir kononnya Tun Mahathir memfitnah Najib Abdul Razak, sedangkan tuan yang punya diri (Najib) gagal menunjukan bukti segalanya adalah fitnah.

15. Setelah gagal memberikan bukti bahawa Najib tidak mencuri wang rakyat dan menipu, kini kepimpinan UMNO memperalatkan Ketua Kampong untuk "menyerang" Tun Mahathir dan menjawab "Fitnah" Tun Mahathir, kononnya.

16, Hendaknya Ketua Kampong jangan jadi seperti lembu. Di cocok hidungnya. Jika di cucok hidup seperti lembu apakah Ketua Kampong tidak malu kepada orang kampong dimana mereka menjadi Ketua? Kemungkin besar orang kampong hilang hormat terhadap ketua kampong seperti itu.

17. Ketahuinya jika kamu menerima wang untuk melakukan seperti itu maka wang yang di terima itu berunsur rasuah dan adalah HARAM.

18. Jangan memakan hasil haram. Jangan bagi makan isteri, anak dan cucu kamu dengan wang hasil haram.

19. Mengikut ustaz mereka yang menerima dan memberi rasuah doanya tidak akan di terima oleh Allah.

20. Mereka yang menerima rasuah seperti memakan babi

No comments:

Post a Comment