Monday 14 August 2017

Apakah UMNO Dalang Rusuhan Pada Forum Nothing To Hide?



Rusuhan yang berlaku pada Forum Nothing To Hide 2.0 sangat menducitakan tapi melambangkan budaya Melayu dibawah kepimpinan UMNO.

2. Motif rusuhan tersebut sebagai amaran kepada Tun Mahathir supaya menutup mulutnya dari mengritik Najib Razak. Serta untuk menakutkan ahli PPBM jangan cuba mengadakan forum seumpama itu dengan tujuan menyerang bos mereka, Najib Abdul Razak.

3. Dengan melontar kerusi dan suar kearah Tun Mahathir bertujuan untuk mencederakan Tun Mahathir. Dengan umor seperti Tun Mahathir kini 92 tahun, jika barang barang keras seperti itu terkena beliau boleh membawa maut. Ini satu perbuatan yang sangat sirius dan merbahaya, Tambahan kelihatan bom asap di gunakan dalam dewan tersebut. Dan Tun Siti Hasmah berada di dewan.

4. Pelaku dan dalang disebalik rusuhan tersebut berjiwa seperti haiwan yang liar.

5. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali  mengencam keganasan yang tercetus dimana boleh mengancam nyawa. Beliau mendesak pihak polis menjalankan siasatan dengan segera serta terperinci dan perlu telus.

6. Rakyat sedang melihat bentuk tindakan pihak polis. Ini kerana gambar gambar yang di siarkan netizen di social media memperlihatkan pelaku yang ditangkap ada hubungan dengan pemimpin UMNO terutama sekali di Selangor.

7. Maka itu seperti kata Datuk Ibrahim Ali siasatan mesti telus tanpa pilih kasih.

8. Menteri Besar Selangor DatuK Seri Azmin Ali juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pengecut yang menggangu ketenteraman. Menurut Azmin rusuhan tersebut membuktikan sikap ganas mendukung kleptokrasi yang anti perdebatan sihat.

9. Balaci dan Macai UMNO pula menyatakan kononnya tercetusnya rusuhan berpunca daripada Tun Mahathir tidak menjawab beberapa soalan.

10. Jika dilihat pada benda seperti suar dan alat alat yang digunakan dibawa masuk ke dewan bagi mencetuskan rusuhan tersebut, ianya sudah di rancang dan di atur begitu rupa. Hanya menentukan masa dan situasi untuk melakukannya.

11. Pengakuan mereka yang ditangkap pula menjurus kearah itu.

12. Mereka yang ditangkap oleh pihak polis berumor antara 17-19 tahun. Umor sebegitu belum lagi menjadi pengundi. Jadi apa masalahnya? Mak ayah, nenek atok mereka di tangkap dan dizalimi zaman Tun Mahathir?

13. Lingkungan Umor seperti itu tidak tahu pun peristiwa Memali. Umor seperti itu pun tidak mengetahui apa yang telah Tun Mahathir lakukan pada bangsa, agama dan tanah air. Jadi bagaimana mereka boleh bermusuh dengan Tun Mahathir?

14. Jika kepimpinan UMNO mempunyai anggapan bahawa dengan peristiwa tersebut rakyat akan menolak Pakatan Harapan dan Tun Mahathir, maka mereka telah melakukan tersilap besar.

15. Tun Mahathir akan mendapat undi simpati dan golongan yang selama ini berada diatas pagar akan memberikan sokongan kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan atas dasar UMNO yang menggalakan keganasan dan gansterime.

16. Dengan peristiwa tersebut juga makin menguatkan lagi semangat Tun Mahathir untuk menumbang Najib Razak dan UMNO

No comments:

Post a Comment