Monday 7 August 2017

Zahid tahu Mahathir tak suka, Apa Motif jumpa Mahathir


Ketika merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat UMNO Kelana Jaya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menimbulkan isu keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menayangkan Kad pengenalan kononnya milik Tun Dr Mahathir.

2. Tun Dr Mahathir telah mencabar supaya tunjukkan kad pengenalan yang dimaksudkan tetapi sehingga hari ini Zahid Hamidi gagal menyahut cabaran Tun Mahathir.

3. Bagi memesongkan isu tersebut Zahid telah menimbulkan isu lain pula iaini untuk menyiasat kekayaan Tun Mahathir dan ahli keluarganya.

4. Tun Dr Mahathir tidak bermasalah jika mahu menyiasat seperti dikatakan oleh Zahid dan yang lain-lainnya. Tetapi harus menyiasat juga beliau sendiri (Zahid) mengenai 230b diakaunnya semasa zaman Tun Mahathir.

5. Harus juga siasat Najib Abdul Razak, Rosmah dan Reza Aziz.

5. Semasa siasatan Zahid dan Najib harus di gantung dari tugas atau di berikan cuti. Selagi mereka memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri tidak mungkin siasatan yang transparensi,ketulusan,keadilan dan kesaksamaan dapat di jalankan. 

6. Khairy Jamaluddin juga harus di siasat kerana kehilangan dana yang begitu besar di Kementerian Belia dan Sukan.

7. Khairy Jamaladdin juga harus di siasat bagaimana beliau di lantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Samaada dalam proses perlantikkan tersebut timbulnya gejala rasuah.

8. PM Najib dan sepupunya perlu mempertahankan Zahid. Kegagalan mempertahankan atau memihak kepada Zahid, maka kisah dimana Zahid “menemui keluarga Tok Arab”di ketahui oleh rakyat. Ini akan “menjerat” Najib sekeluarga dimana sepupunya sudah tentu tidak mahu ini akan berlaku.

9. Zahid tahu bahawa Tun Mahathir tidak menyukainya tetapi persoalannya jika tahu orang tak suka kenapa pergi berjumpa dengan Tun Mahathir?.

10. Dengan mengadakan pertemuan tersebut sudah semestinya Zahid mempunyai tujuan dan motif menemui Tun Mahathir ? Persoalannya APA DIA? Zahir harus menerangkannya

11. Setelah gagal menunjukkan bukti kad pengenalan yang di sebut oleh Zahid, kini Zahid memesongkannya dan menimbulkan soal rakaman pertemuan tersebut. Jika benar ada, sebarkan kepada rakyat dan rakyat dapat menilainya?

12. Zahid menyatakan Tun Mahathir juga mempunyai rakaman serupa. Tetapi sejauh ini Tun Mahathir tidak menimbulkan ada rakaman seumpama itu.

13. Kepada pemimpin UMNO cukup cukup lah berbohong rakyat. Cukup cukuplah kelentong rakyat.

14. Kini di perhebatkan isu Zahid/Mahathir dalam usaha meminggirkan isu skandal 1MDB dan SRC.

15. Rakyat tidak bodoh dan rakyat tidak akan membiarkan diri mereka terus menerus di perbodohkan oleh pemimpin UMNO. 

No comments:

Post a Comment