Monday 28 August 2017

Ajaran Agama Songsang Hadi Awang Punca Tragedi Berdarah Memali


Mantan Perdana Menteri /Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  tidak di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran tragedi berdarah Memali pada 1985 kerana bimbang rusuhan.

2.Menurut Tun Mahathir, kerajaan tidak menahan Abdul Hadi ketika itu kerana terlalu ramai pengikut beliau yang fanatik lebih-lebih lagi terhadap amanat dikeluarkan di Banggol Peradong pada 1981 yang mendorong tindakan ‘jihad’ melawan kerajaan.

3. Tun Mahathir menambah, “Amanat Hadi adalah hasutan supaya rakyat bangun dan bunuh pemimpin kafir, itu makna amanat Haji Hadi. Tetapi, terlalu ramai orang pada masa itu yang fanatik percaya kepada beliau sehingga kalau kita tangkap dan masukkan dalam ISA akan tercetus huru-hara.

4. Dengan kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir jelas dan terang Hadi Awang punca tragedy berdarah Memali. Haji Hadi penghasut utama dengan menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan politik.

5.Menurut Hadi Awang, Pas menentang kerajaan kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, menggekalkan peraturan jahiliah. Haji Hadi telah memperbodohkan ahli pas terutama sekali Ibrahim Libya serta pengikutnya kononnya perjuangan Pas adalah jihad dan jika mati maka matinya sebagai mati syahid dalam perjuangan menubuhkan negara Islam (kononnya).

6. Selepas 30 tahun (2011) kemudian Hadi Awang menyatakan , “ Rupa rupanya tidak ada negara Islam dalam Quran. Jenazah Ibrahim Libya dan teman-temannya (14 jenazah) tidak dimandikan dan tidak di kafankan kononnya mati syahid.

7.Jadi jelas matinya Ibrahim Libya dan teman temannya di sebabkan perbuatan agama songsang Hadi Awang serta menyesatkan. Jelas mati mereka seperti mati katak.

8. Namun dalam hukum Islam, siapa yang harus bertanggong jawab? Jelas dan nyata Hadi Awang bertanggong jawab kerana tidak memandikan dan tidak di kafankan. Ahli Pas juga bertanggong jawab keatas perbuatan Hj Hadi kerana tidak berani menyatakan perkara yang benar dan menuntut kebenaran.

9.Mengenai penubuhan RCI Memali, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri berkata, “ If (such) must benefit us in terms of seeking facts and truths (on the incident)”

10. Najib tahu perkara sebenarnya, jika beliau bersetuju menubuhkan RCI seperti di katakan oleh Timbalannya, DatuK Seri Zahid Hamidi maka tindakan seumpama itu boleh meletakkan kedudukan Haji Hadi (teman karibnya) dalam bahaya menjelangnya PRU14. Sedangkan Najib perlu “memperkudakan PAS” dalam usaha mengekalkan kuasanya.

11. Tun Mahathir mengalu-galukan penubuhan RCI Memali kerana banyak beliau mengetahui mengenai tragadi Memali dan individu yang terlibat.

12. Haji Hadi Awang mesti bertanggong jawab keatas jenazah Ibrahim Libya dan rakan rakannya kerana tidak di mandikan dan tidak dikapankan. Selagi depa ahli PAS maka depa turut bertanggong jawab kerana mendiamkan diri atas perbuatan Presiden PAS.



No comments:

Post a Comment