Friday 1 September 2017

Jangan Bersubahat dengan Hadi Awang. Keluar PAS

Menulis di facebooknya, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menyatakan bahawa menjadi ahli PAS tidak wajib. Katanya, anda boleh memilih untuk menjadi ahli PAS atau sebaliknya. PAS serius berkempen ke arah itu kerana ianya menguntungkan Islam. Matlamat PAS adalah Islam.
2. Berpandukan kepada kenyataan tersebut, persoalannya apakah berkempen untuk PAS menguntungkan Islam? Atau Islam di peralatkan bagi tujuan politik dan peribadi

3. Siapa dia President PAS ketika ini? Beliau tidak lain daripada Haji Hadi Awang yang berucap pada 1981di Banggol Peradong dimana sebahagian ucapan beliau seperti berikut :

a. Kita menentang dia (kerajaan) kerana mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan peraturan kafir,mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.Percayakah saudara saudara, perjuangan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Hindu,kita tidak payah msuk Budha, tetapi menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama agama suku.
4.Pada 24 Julai 2002 Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 mengeluarkan fatwa bahawa Amanat Haji Hadi bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip Islamiah.

5. Hingga hari dan saat ini Hadi Awang tidak menggugurkan atau menarik balik Amanat yang berkenaan. Maknanya Haji Awang masih berpegang teguh pada amanat tersebut.
6. Meminjamkan Amanat yang berkenaan dan diselaraskan pada keadaan terkini dimana PAS berkerjasama dengan parti yang memerintah (BN/UMNO) maka PAS dibawah kepimpinan Hadi Awang jelas memperjuangan objektif kafir sepertimana di sebut di amanat tersebut.

7. Kepimpinan BN/UMNO di ketuai oleh  perasuah terbilang di dunia. Meminjam apa yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, seorang pemimpin pencuri, penganyak dan perompak.

8. Hanya golongan kafir sahaja berpendapat bahawa rasuah itu “halal”. Dan amalan rasuah merupakan cara hidup mereka.
9. Oleh kerana parti yang sama menjadi kerajaan (semasa Amanat itu di keluarkan) dan hari ini Hadi Awang bersengkongkol dan menyokong parti dan kerajaan, maka PAS dibawah kepimpinan Hj Hadi Awang tidak lagi memperjuangkan Islam tetapi mengikut landasan fakir seperti dikatakan oleh Hadi Awang sendiri dalam Amanat Hadi Awang.

10. Ahli dan penyokong PAS turut terlibat memperjuangan dasar kafir bukannya perjuangankan Islam selagi Hadi Awang tidak menarik balik Amanat tersebut dan Hadi tidak memperjelaskan kedudukan jenazah Ibrahim Libya dan rakan rakannya yang tidak di mandikan dan tidak di kapankan.
11. Selagi ahli dan penyokong PAS tidak memperbetolkan keadaan ini maka seluruh yang terlibat seperti Hadi Awang, Pemimpin Pas, penyokong Pas turut berdosa besar dengan tidak memandikan dan mengafankan jenazah.

12. Ibrahim Libya dan teman teman nya tidak mati syahid. Ini di akui sendiri oleh orang yang sama iaini Haji Hadi Awang di Mutamar PAS bila beliau menyatakan  'rupa rupanya Negara Islam tidak ada dalam Quran”.

13. Mengambil kira apa yang di katakan seperti diatas dan berpandukan kepada ajaran Islam sebenarnya, maka inilah masanya untuk keluar dari PAS dan berhenti dari memberikan sokongan kepada Pas.
14. Ahli pas wajib keluar dari parti. Penyokong Pas wajib berhenti dari memberikan sokongan kepada parti itu dan mana mana parti yang bersengkongkol dengan Pas.

No comments:

Post a Comment