Wednesday 6 September 2017

PAS berjuang untuk BN

Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan bahawa pertembungan tiga penjuru antara PAS, Pakatakan Harapan dan BN pada PRU14 akan datang bukan salah parti itu.

2. Pada satu Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS di Alor Limbat Alor Limbat Marang, dalam ucapannya Presiden PAS, Haji Hadi Awang menyatakan bahawa ‘‘Kerjasama PAS-UMNO tidak perlu diselindungi lagi”.

3. Ketika menjawab kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Haji Hadi Awang menyatakan bahawa “ Tiada faedah PAS nak jatuhkan Najib”.

4. Merujukan kepada dua kenyataan yang di buat oleh Presiden PAS, maka jelas dan nyata bahawa PAS dibawah kepimpinan Haji Hadi mahu melihat Najib dan BN terus berkuasa dan memerintah negara.

5. Jika di lihat diseluruh dunia, objektif parti pembangkang bertanding pada pilihan raya bagi menumbangkan kerajaan yang sedia ada dan membentuk kerajaan gantian.

6. PAS pula bekerjasama dengan parti memerintah untuk pastikan parti yang berkenaan (UMNO/BN) kekal memerintah negara.

7. Kini PAS merupakan ‘agen’ BN/UMNO. Tugas ‘agen’ ini adalah untuk memecahkan undi untuk memastikan UMNO/BN kekal sebagai parti yang memerintah.

8. Sebagai ‘agen’ parti memerintah, objektif PAS  mengujudkan pertembungan tiga penjuru untuk memastikan kemenangan rakan baru mereka, iaini UMNO/BN.

9.Jika PAS “memperjuangkan Islam” maka menjadi kewajipan bagi parti itu menentang kerajaan yang mengamalkan rasuah. Ini kerana Islam menentang rasuah. Tetapi kini kelihatan sebaliknya PAS menyokong pentadbiran yang mengamalkan rasuah.

10. Pemimpin PAS memperalatkan agama untuk tujuan politik dan peribadi.

11. Pentadbiran Najib mengamalkan rasuah dan PAS menyokong pentadbiran sedemikian, maka atas dasar ajaran dan prinsip Islam, kita harus menentang perbuatan mungkar demi untuk bangsa, agama dan tanah air.

12. Menentang mereka (PAS & BN) dengan tidak mengundi kedua parti yang berkenaan pada pilihran yang akan datang (PRU14).


13. Jika pada tahun 1980an Hadi Awang membawa ajaran songsang dan menghasut Ibrahim Libya dan rakan rakannya kononnya untuk menubuhkan negara Islam, maka kali ini dengan modus operandi yang sama menggunakan Islam untuk mencapai cita-cita politik dan peribadi.

No comments:

Post a Comment