Thursday 7 September 2017

Isu Forex : Perbuatan Jahat Najib Terhadap Tun M digagalkan oleh Allah SWT


Dunia mengetahui dengan jelas bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Pada masa itu Tun Mahathir telah berhadapan berbagai keadaan dan situasi seperti pemberontakan dalam parti, protes jalanan, namun beliau berjuang dengan gigih dan berterusan serta mengekalkan ekonomi yang terbaik semasa krisis kewangan Asia.

2. Cita cita Tun Mahathir untuk berehat setelah bersara tidak berkesampaian. Keadaan negara dalam bahaya dan Tun Mahathir berusaha menyelamatkannya.

3.Tun Mahathir berada di barisan hadapan dalam mengritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak atas berbillion billion ringgit yang didakwa disalahgunakan daripada dana 1MDB. Malaysia kini terkenal diantara sepuloh negara di dunia yang mengamalkan rasuah.

4.Pentadbiran Najib berusaha berbagai cara bagi memindahkan/memesongkan pikiran rakyat mengenai skandal 1MDB yang melibat isterinya, Rosmah, anak tirinya Reza Aziz dan mastermind mereka Jho Low dimana melibatkan penipuan, wang kecurian dan salahguna kuasa. 

5. Salah satu usaha Najib adalah mengorek zaman pemerintahan Tun Mahathir. Akhirnya Najib berpendapat bahawa isu forex dimana kerugian wang di zaman Tun Mahathir dapat digunakan bagi memberikan tekanan kepada Tun Mahathir. Sekali gus menghilangkan/memesongkan isu 1MDB di fikiran para pengundi. Bagi Najib dan kuncu-kuncunya yang penting Mahathir dapat di persalahkan.

6.Perdana Menteri Najib dan kabinet berkeyakinan bahawa Tun Mahathir dapat di persalahkan dengan isu forex. Ini di ikuti oleh para macai/balaci duapuloh sen mereka di sosial media.

7.Dengan pantasnya, Suruhan Siasatan Di Raja (RCI) ditubuhkan oleh kerajaan Najib. Penyokong dan macai/balaci Najib bersorakan dan meloncat-loncat macam monyet kegembiraan kononnya Tun Mahathir akan didapati bersalah. RCI yang berkenaan telah memulakan siasatan ke atas kerugian berbillion billion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam spekulasi pertukaran mata wang asing pada awal 1990an.

8.Kerajaan Najib juga berura-ura untuk menubuhkan Suruhan Siasatan Di Raja bagi tragedy berdarah Memali. Tragedi itu berlaku di zaman pemerintahan Tun Mahathir. Ini juga kempen memerangi Tun Mahathir serta usaha dilakukan membuat goncangan pikiran rakyat terhadap Tun Mahathir supaya dapat melupakan skandal 1MDB dan penipuan serta kecurian wang.

9. Malang sangat bagi Najib Tun Razak apa yang diharapkan dengan penubuhan RCI mengenai Forex tidak berjaya.

10. Ini apabila Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberikan tahu RCI bahawa “saya bertanggongjawab atas kerugian urus niaga mata wang asing negara yang berlaku sekitar tahun 1986 hingga 1993. Saya tidak pernah pada bila-bila masa berbincang dengan Perdana Menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai urus niaga itu antara tahun 1986 hingga 1993”.

11.Manakala Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Tan Sri Jaffar Hussein , terpaksa bertanggongjawab terhadap apa apa yang berlaku semasa beliau menjadi gabenor bank pusat itu.

12.Bila di soal Tan Zeti menegaskan bahawa Jaffar sebagai gabenor BNM, mempunyai kuasa tertinggi dalam menguruskan bank pusat itu dan pengurusan rizabnya.

13.Bagi Najib dan kuncu kuncunya, malang sekali seperti sudah jatuh di timpa tangga apabila bekas pedagang Forex memberitahu RCI bahawa Tun Mahathir tidak pernah sekali pun menjejak kakinya ke bilik urus niaga tukaran asing Bank Negara Malaysia,

14.Jelas, apabila Najib dan kuncu kuncu ingin menjadikan RCI sebagai alat politik, untuk menghapuskan Tun Mahathir,  perbuatan sedemikian tidak di Redhai oleh Allah SWT. Ini kerana Allah tidak bersama mereka berhati busuk dan yang mengamalkan rasuah.

15. Maka kecewalah Najib dan Kumpulan Penyamunnya untuk menindas dan memalukan Tun Mahathir.

16.Tun Mahathir sememangnya jujur dan ikhlas dalam apa yang di perjuangankan. Tidak terbit di dalam hati sanubari Tun Mahathir apa yang dilakukan dan diperjuangkan untuk kepentingan diri atau ahli keluarganya.


No comments:

Post a Comment