Tuesday 22 August 2017

Fahaman Ajaran Agama Songsang Hadi Awang Punca Tragedi Memali


Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS menggesa satu Suruhan Raja Di-Raja (RCI) dibentuk bagi mengkaji tragedi berdarah Memali.

2. Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 dimana telah meragut nyawa 18 nyawa.

3. Seteru politik kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan isu Memali kononnya Tun Mahathir bertanggongjawab atas terkorbannya Ibrahim Libya dan rakan rakannya.

4.Persoalannya apakah punca berlaku tragedi berdarah itu?

5. Pada 7 April 1982, pada satu ceramah di Kampung Benggol Peradong, Terengganu, Haji Hadi Awang telah memberikan satu ceramah dimana petikan ucapan itu di jadikan sebagai “Amanat Hadi”.

6. Pada dekad 1980an dapat disaksikan perpecahan yang paling buruk sehingga ujudnya tuduhan kafir-mengkakir, sembahyang dua iman, pernikahan pasangan berlainan parti tidak sah dan pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah.

7. Pada masa itu terdapat golongan dan individu dalam PAS menjadikan kegiatan mengeluarkan dan menggunakan “fatwa”. Antara lain kononnya sesiapa yang keluar parti itu menjadi kafir, keengganan membayar zakat fitrah kepada amil-amil kerajaan, mengadakan kawasan perkuburan yang berasingan dan berbagainya mengikut rasa hati dan keperluan mereka.

8. Tindakan mengkafir sesame Islam di lakukan oleh PAS mulanya dapat di kesan di Kelantan. Tindakan mengkafir orang Islam telah digunakan oleh PAS untuk melemahkan sokongan rakyat kepada UMNO dalam pilihanraya tersebut.Tindakan tersebut juga memecah-belahkan perpaduan masyarakat Melayu/Islam serta mengancam ketenteraman awan dan keselamatan negara.

9. Hj Hadi Awang bertanggongjawab kepada tragedi berdarah Memali. Hj Hadi menghasut orang Melayu/Islam supaya menentang kerajaan. Hj Hadi punca pertemporan antara polis dan kumpulan Ibrahim Libya.

10. Haji Hadi menghasut dengan “fatwanya”  menentang pasukan polis adalah satu  “jihad” dan jika mereka mati maka matinya “syahid” menerusi apa yang di panggil sabagai “Amanat Hadi”.

11. Berpuluh tahun setelah matinya Ibrahim Libya dan kawan kawannya, pada August 2011 didepan Mutamar Pas, menyatakan “ Rupa rupa negara Islam tidak ada dalam Quran”.

12. Oleh yang sedemikian, Siapa yang akan bertanggong keatas jenayah Ibrahim Libya dan kawan kawan yang mati tidak mandi dan tidak di kapankan??.  

13. Haji Hadi Awang, pemimpin Pas, Ahli Pas, penyokong Pas bertanggong jawab diakhirat nanti kerana tidak memandikan dan kapan jenazah Ibrahim Libya dan kawan kawannya.

14. Haji Hadi Awang merupakan syaitan yang bertopeng agama untuk kepentingan parti dan peribadi. Hanya syaitan sahaja yang sanggup bertanggong dosa seperti Hj Hadi Awang lakukan.

15. Jika diadakan RCI bagi tragedi berdarah Memali maka akan terbukti Hj Hadi Awang bertanggong jawab kepada tragedi berdarah Memali.

16. Tan Sri Musa Hitam (ketika itu) selaku Menteri Dalam Negeri dan TPM, seharusnya membuat rekomendasi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu PM) supaya Haji Hadi Awang ditahan dibawah ISA. Ini kerana ucapan Hj Hadi Awang telah mengancam kepada Perpaduan Umat Islam dan Keselamatan Negara.


No comments:

Post a Comment