Wednesday 12 July 2017

Khairy Jamaluddin Harus Meletakkan Jawatan

Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin meminta tiga tokoh, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tinggalkan pentas politik. Menurut Khairy jika mereka terus berada di pentas politik tanah air akan memecahbelahkan rakyat.

2 .Khairy harus menjawab persoalan berikut : -

a.     Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apakah rakyat Malaysia berpecah belah?

b.     Apakah semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri negara Malaysia di antara sepuloh negara yang kuat mengamalkan rasuah?

c.      Apakah zaman Tun Mahathir negara menanggong hutang begitu besar seperti hari ini dimana rakyat harus membayarnya dengan cukai GST?

d.     Apakah di zaman Tun Mahathir, aset negara di jualnya?

3 .Dengan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dengan jayanya,  mana mungkin tokoh seperti  Tun Mahathir bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat.

4. Jika tidak kerana pemerintahan Tun Mahathir yang begitu cekap,bersih dan amanah , Perdana Menteri hari ini tidak ada apa benda yang dapat dijualnya untuk mendapatkan wang seperti apa yang dilakukan oleh boss kepada Khairy Jamaluddin.

5. Pepecahan dalam UMNO memang berlaku dimana ramai yang telah meninggalkan parti UMNO untuk bersama PPBM.  Mereka telah sedar mengenai siapa itu Najib Razak seperti dikatakan oleh Tun Dr Mahathir sebagai pencuri, penyamun dan penganyak.

6. Ini yang di takuti dan diserami oleh pemimpin UMNO terutama Khairy Jamaluddin.

7. Jika Khairy Jamaluddin seorang yang bermaruah dan bertanggong jawab, beliau harus tinggalkan dunia politik negara.

8. Khairy Jamaluddin menaiki tangga politik dengan menggunakan tongkat Pak Mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tanpa mengggunakan tongkat Pak Lah tidak mungkin Khairy Jamaluddin berada di tangga politik seperti hari ini. Khairy Jamaluddin tidak berupaya untuk mencapai kejayaan dalam politik atas daya usahanya sendiri. Ia memerlukan kuasa yang ada pada pak mentuanya untuk berjaya dalam politik negara. Ianya tidak mampu untuk berjaya tanpa tongkat dari pak mentuanya, Pak Lah.

9. Katakan, sejauh ini apa yang telah di lakukan oleh Khairy Jamaluddin terhadap negara, bangsa dan agama? Nothing.

10. Khairy Jamaluddin di lantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Di kementerian ini lah dilaporan ratusan juta ringgit hilang. Jika Khairy Jamaluddin, seorang pemimpin yang bermaruah dan bertanggong jawab maka  beliau wajib meletakkan jawatan. Pemimpin politik serupa ini harus meninggalkan pentas politik. Dan bukan pemimpin yang telah terbukti dapat membangunkan negara dengan begitu berjaya dan disegani dunia. Ramai pemimpin dalam UMNO/BN dibawah kepimpinan Najib seperti Khairy. “Empty vessels make the most noise” to covered up their stupidity.

11. Kepada Khairy Jamaluddin, cuba belajar menghormati mereka yang lebih senior dari diri sendiri. Cuba munasabah diri bahawa orang yang kamu minta meninggalkan pentas politik sudah bergerak aktif dalam arena politik semasa Khairy Jamaluddin memakai pampers lagi dan membawa negara ke puncak kejayaan.

12. Hormati jasa beliau. Beliau juga telah berjasa pada Pak Mentua kamu. Tanpa jasa beliau melantik pak mentua kamu, maka kamu tidak akan berada di tempat anda sekarang ini. Pak Mentua kamu tidak melepaskan peluang semasa jadi PM, untuk mengangkat anda di arena politik negara.

13. Sebenarnya, Pak Mentua kamu telah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri bagi kamu berjaya dalam politik dan bukannya Tun Mahathir seperti kamu tuduh merancang untuk menjadikan Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

14. Jom kita membaca apa yang di tulis oleh TMJ : -

“Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara. Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang Jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya"

15. Khairy Jamaluddin, kamu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, menggunakan tongkat Pak Mentua anda. Ini tidak termasuk apa yang TMJ katakan seperti diatas.

16. Khairy Jamaluddin, tinggalkan pentas politik don’t make yourself as a clown.


No comments:

Post a Comment