Tuesday 11 July 2017

Nyawa Politik Najib Razak Bagai Di Hujung Tanduk



Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Tengku Sharifuddin mendakwa Datuk Seri Mukhriz berkonspirasi dengan bapanya, Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

2. Berdasarkan kepada dakwaan tersebut, Datuk Seri Mukhriz telah menyaman Tengku Shariffudin di mahkamah. Kes tersebut akan didengar pada 13 Julai.

3. Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui akaun Twitternya berkata, “ Dr Mahathir obsess untuk menyelamatkan legasi keluarganya dengan menjadikan anaknya Mukhriz Perdana Menteri”.

4. Ini membawa pengertian yang sama tuduhan Setiausaha Akhbarnya terhadap Datuk Seri Mukhriz.

5. Amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri berkata sebegitu. Ini membuktikan Najib Razak dalam keadaan terdesak serta gelisah dengan tekanan yang begitu kuat dari Tun Dr Mahathir.

6. Datuk Seri Mukhriz bertindak dengan bijak  bilamana memberikan notis sehingga hari yang ditetapkan agar Najib Razak memohon kemaafan. Jika gagal melakukannya maka tindakan  mahkamah akan di ambil terhadap Najib Razak.

7. Tindakan Datuk Seri Mukhriz berasaskan bahawa kenyataan Najib Razak dimana telah diperkirakan boleh/untuk menggangu perbicaraan saman fitnah Datuk Seri Mukhriz terhadap Setiausaha Akhbar PM, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Perbicaraan akan bermula dari 13 Julai selama dua hari.

8. Ternyata lagu yang didendangkan oleh Najib Razak telah di nyanyikan oleh pembangkang semasa pemerintahan Tun Mahathir. Hanya sedikit di ubah dan di tambah agar tidak merupai pembangkang masa itu. Tapi membawa maksud yang sama.

9. Tetapi disebabkan keadaan terdesak Najib Razak lupa beliau memegang jawatan tertinggi negara iaini sebagai Perdana Menteri dan seharus tidak berkata begitu. Jika mahu mengritik sebagai PM beliau harus bijak memilih ayat/kalimah yang setimpal sebagai pemimpin tertinggi negara.


10.Walau apapun dilakukan jelas dan nyata nyawa politik Najib Razak dalam arena politik negara bagai di hujung tanduk.  

No comments:

Post a Comment