Tuesday 4 July 2017

Tun Dr Mahathir seorang Negarawan dan Agamawan


1.     Asasnya Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam disamping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

2.     Berlandaskan kepada asas ini. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Najib dan keluarganya serta penyokong-penyokongnya.

3.     Tanpa di minta Tun Mahathir telah memaafkan mereka mereka yang sepanjang tahun telah MEMFITNAHNYA khusus TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times, Salleh Said Keruak, Tungku Aziz, Annuar Musa dan beberapa lagi.

4.     Tun Mahathir memaafkan golongan yang disebut tadi kerana memfitnahnya. Tun Mahathir tidak menyebut mengenai “kemaafan salah laku Najib dan amalan rasuahnya”.

5.     Kita harus menyedari kelahiran Nabi Muhammad SAW bukan sahaja sebagai pesuruh Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, tetapi juga khalifah yang membawa perubahan kepada umat manusia, mengajar erti persaudaraan, akhlak dan erti sebuah kehidupan. Ini yang di hayati oleh Tun Dr Mahathir.

6.     Siraturahim dilihat menjadi faktor utama kekuatan dengan syarat berasakan ketakwaan dan syariat.

7.     Disamping memaafkan kepada mereka yang memfitnah beliau dan berdasarkan kepada ketakwaan kepada Allah, Tun Mahathir dengan gigih menentang amalan rasuah. Sepertimana yang dikatakan tadi, Tun Mahathir tidak menyebut kemaafan salah laku / salah penggunaan kuasa dan amalan rasuah yang di lakukan oleh Najib & Company. Tun Mahathir tetap menentangnya dan tidak ada kemaafan dari beliau dan ramai rakyat Malaysia.

8.     Ini kerana Tun Mahathir sedar bahawa menurut syara’ rasuah adalah tergolong dalam dosa dosa besar kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan salah. Ini adalah berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan ‘jima’ ulama.

9.     Tun Mahathir menyedari bahawa hukum memberi atau menerima rasuah adalah haram, ia merupakan dosa besar kerana pelakunya dilaknat Allah SWT dan RasulNya SAW.  Dari Abdullah bin ‘Amr di berkata, “Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah” ( Hasan Sahih, Tiwayat Al-Tirmidi ).

10.                        Pemberi dan penerima berhak mendapat kemurkaan Allah dan di jauhkan dari Rahmat Allah SWT kerana mereka telah melakukan suatu perbuatan yang batil dan mengambil sesuatu yang bukan hak mereka.


No comments:

Post a Comment