Tuesday 13 June 2017

Zahid Hamidi Jangan Hanya Pandai Bercakap



Utusan Malaysia, Selasa 13 June melaporkan, “ Baca, fahami al-Quran – Zahid”.

2. Dilaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata mahu melihat umat Islam tidak hanya membaca al-Quran, sebaliknya perlu memahami serta menghayati isi kandungannya sebagai panduan hidup.

3. Apa yang dikatakan oleh Zahid, pernah di sebut oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Diharapkan Zahid tidak mengikut script Tun Mahathir ketika berucap pada Majlis Penutup Khatam dan Tadarus al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datuk.

4. Zahid selanjutnya dilaporkan sebagai berkata, “orang yang membaca al-Quran akan diterangkan hatinya, fikiran serta diberikan cahaya di wajahnya oleh Allah SWT”.

5. Ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh Zahid. Kita lihat Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

6. Zahid seterusnya dilaporkan sebagai berkata, “Itu sebab saya nak ingatkan diri saya serta semua, jangan hanya baca al-Quran apabila tiba Ramadan atau baca hanya setahun sekali.”

7. Semoga Zahid tidak hanya membaca script ucapannya  tetapi perlu mengerti apa yang di sampaikannya.

8. Tidak kah Zahid mengetahui apa yang tertulis dalam al-Quran mengenai rasuah? Apa pandangan Islam mengenai rasuah? Apakah Zahid hanya tahu bercakap tetapi tidak mengerti, tidak faham apa yang di ucapkan?  Zahid harus munasabah diri, apa kah tindakan atau usaha sejauh ini lakukannya untuk mencegah atau menentang perbuatan rasuah?

9.Apakah al-Quran menyatakan kita harus menentang dan mencegah rasuah dikalangan “ikan bilis” sahaja dan menghalalkan rasuah yang dilakukan “orang atasan” dan “pemimpin negara”?

10. Sebagai Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Dalam Negeri, apakah yang Zahid lakukan untuk mencegah dan bertindak keatas perlaku rasuah dan pencurian yang dilakukan oleh pemimpin negara?

11. Apakah al-Quran menyebut dikalangan pemimpin negara tidak ada rasuah tetapi rasuah berganti sebagai “ hadiah” atau “derma “ sahaja? Misalnya seperti isu RM2.6juta?

12. Tidak kah al-Quran menyebut tentang rasuah, salah guna kuasa, mencuri duit dan segala apa yang sedang berlaku di negara ketika ini?

13. Zahid jangan  seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri tidak berjalan betul.


No comments:

Post a Comment