Tuesday 6 June 2017

Datuk Seri Anwar Ibrahim Bukan Calon Terbaik Sbg PM



Utusan Malaysia (Selasa, 8 June) melaporkan, “Jawatan PM bukan ditentukan Mahathir” ( muka 13) dan “Pas tolak individu rakus jawatan” (muka 5).

2. DatuK Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, “ Tak perlu sukarela, perlu dapatkan kata sepakat. Bukan untuk beliau ( Dr Mahathir ) tentukan tetapi Pakatan Harapan”

3. Kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau berada di penjara. Dan beliau pula tidak diberikan gambaran yang tepat oleh orang tentu didalam PKR  apa yang sebenarnya di katakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

4. Apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir : -

“Saya tidak boleh belakangkan kawan kawan saya dalam parti pakatan harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan ini juga di persetujui, ( melantik beliau sebagai Perdana Menteri) mungkin saya menimbang tapi waktu ini saya tidak bersetuju nak jadi Perdana Menteri waktu ini, Jadi saya telah menyatakan bahawa setelah saya bersara saya tidak akan menjadi Perdana Menteri lagi”.

5. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sekiranya PH dapat tewaskan BN maka perlu ada sepakatan mengenainya perlantikkan Perdana Menteri, tetapi malangnya beliau tidak pula mempertikaikan apa yang di katakan oleh Razifi Ramli dimana beliau (Rafizi) mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri melalui pelan menyerupai “Langkah Kajang”.

6. Persoalannya apakah cadangan sedemikian rupa ada kata sepakat dalam Pakatan Harapan hari ini? Mengapa kenyataan Rafizi Ramli tidak di pertikaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim?

7. Kenyataan Rafizi Ramli dipertikaikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dimana beliau menyatakan “kenyataan Rafizi itu seolah-olah pembangkang kehabisan orang berkebolehan yang layak menjadi Perdana Menteri. Apa istimewanya Anwar mesti jadi Perdana Menteri? Rekodnya semua orang tahu”.

8. Pada masa ini pemimpin Pakatan Harapan jangan membuat kenyataan yang boleh membuat rakyat melihat pemimpin PH tidak sehaluan. Tidor satu bantal tetapi mimpi tidak sama.

9. Pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali dari Parti Keadilan Rakyat janganlah terlalu taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dimana mati mati (die die) mahukan beliau menjadi Perdana Menteri. Segala apa yang dikatakan oleh Presiden Perkasa ada asasnya.

10. PRU14 akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru. Jika berlakunya keadaan seumpama itu, sudah pasti BN akan berjaya dengan kelebihan satu undi.

11. Jadi orang yang dipercayai rakyat dan terbukti keberkesanan kepimpinannya tidak lain dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

12. Ketokohan Tun Dr Mahathir dapat mengatasi pertandingan tiga atau empat penjuru yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan. Bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim

13. Tolak segala perasaan ego dan bangga diri, letakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala galanya, dan bersepakatlah memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri setelah PH dapat menewaskan BN. Jika sudah ada sepakatan bertemu maka pujuklah Tun Dr Mahathir agar bersetuju untuk menjadi Perdana Menteri bagi kali keduanya.

14. Ingat jika pemimpin dalam PH tidak bersatu dalam objektif perjuangan maka PH akan tewas dalam PRU14. Jika kali ini PH tewas, maka jangan mimpi PRU seterusnya PH akan berjaya menewaskan BN. Jika ini berlaku maka PH akan menjadi seperti parti pembangkang di Singapura dimana sentiasa menjadi pembangkang dan sukar untuk mendapat sokongan majoriti rakyat walaupun pada zahirnya rakyat menunjukkan sokongan kepada anda semua.

15. Bagi Tuan Haji Hadi Awang, apa gunakan memeningkan kepala memikirkan soal pentadbiran negara, lebih baik menerima “hadiah” RM90 juta. Mungkin Tun Haji Hadi tidak melihat wang RM 90juta pun tidak tertulis “haram”.

16. Kemungkinan Tuan Haji Hadi berpendapat bahawa PAS tidak akan berjaya bentuk kerajaan sehingga tibanya hari kiamat. Jadi, PAS tidak harus rakus bagi jawatan Perdana Menteri.


No comments:

Post a Comment