Monday 5 June 2017

Malaysia Ramai Ulama Us-Su'



Melihat segala yang berlaku dimana pemimpin melakukan pencurian dan rasuah, maka tergerak hati Tun Dr Mahathir untuk menginsafi perbuatan pemimpin yang bersangkutan dan memulakan usaha menentangnya. Ini merupakan satu jihad dan ibadah yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Jihad menentang Rasuah dan salah guna kuasa. Ibadah bukan setakat berada di atas tikar sembahyang sahaja sepertimana dikatakan oleh  ‘tok lebai hingusan’ dari PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

3. Disamping itu kita juga melihat para ulama (Tok Lebai) tidak ada keinsafan untuk menentang perbuatan rasuah dan salah laku pemimpin negara. Bahkan golongan tersebut menyokong dan bersengkongkol dengan mereka. Ini terdiri daripada (kononnya ulama) UMNO dan PAS.

4. Kedudukan ulama didalam ajaran Islam adalah tinggi seperti sabda Rasulullah S.A.W. “Ulama itu adalah pewaris para nabi (Riwayat Tirmizi), maka masyarakat awam amat mempercayai golongan yang dilabelkan sebagai ulama tersebut. Sedangkan tidak semua ulama boleh dilabel dan dikatakan sebagai pewaris nabi, apatah lagi untuk mengikutinya, jika terbukti mereka tidak menurut jejak serta akhlak baginda Rasulullah S.A.W.

5. Golongan “ulama” ini dinamakan sebagai ‘Ulama-us-su’ ertinya ulama yang buruk. Namun pada umumnya masyarakat mengertikan ulama us-su’ adalah sebagai ulama yang keji atau ulama yang jahat. Ulama yang tidak mengikut jejak nabi s.a.w.

6. Ulama sebegini ada bermacam (model). Ada yang menjadi ulama pembawa fitnah, tidak hanya menabur fitnah semata-mata tetapi lebih daripada itu, kadang kala dianya sanggup menjual agama dan ramai juga yang rosak akhlaknya.

7. Tidak semua ulama boleh dilabel dan dikatakan sebagai pewaris, apatah lagi untuk mengikutinya. Jika terbukti mereka tidak menurut jejak serta akhlak baginda Rasulullah S.A.W.

8. Golongan ulama us-su’ ini sangat berbahaya kepada masyarakat kita dan ini kerana mereka menyesatkan orang ramai dengan fatwa fatwa mereka yang salah. 

9.Di Malaysia mereka mengeluarkan fatwa yang selaras dengan hala tuju parti masing masing dan kehendak peribadi.

10.Ulama us-su’ ini suka mentadsir ayat-ayat Al Quran serta Hadis hadis nabi mengikut nafsu serta selera mereka sahaja. Mereka gemar mengeluarkan fatwa fatwa tanpa banyak berpikir serta membuat rujukan asalkan mengikut objektif kehendak parti dan pemimpin negara.

11.Dan bagi masyarakat awam yang jahil pula akan mudah percaya dan terpesong dengan gelagat ulama-ulama us-su’ ini.

12.Dari itu para ulama dari UMNO/PAS dan juga mereka berada diluar kedua parti tersebut tetapi menyokong dan mempertahankan pemimpin Rasuah, insaflah dengan segera. Bersama sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membentras rasuah dan salah laku pemimpin negara. Ingat kamu akan di persoalkan di akhirat nanti.


13. Tidak malukan kamu bahawa mengikut laporan, sebuah negara yang di pimpin oleh golongan Kafir, Singapura, jatuh number 7 sebagai Islamic ?Sedangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam jatuh tangga number 33 Islamik. Apakah DAP juga harus di persalahkan atau menyalahkan Tun Mahathir kerana berkawan dengan DAP?.

No comments:

Post a Comment