Thursday 30 April 2015

Apakah anda menyokong Najib dengan lesapnya wang RM42billion tanpa penjelasan


Apakah benar apa yang dikatakan oleh Jho Low bahawa “Those UMNO Guys are Spin Masters”. Atau benarkah kata Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan “Pemimpin UMNO bermuka-muka”.

Manakala Datuk Seri Najib pula menyatakan “ Tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah”.

Kata kata Najib dapat membawa pengertian bahawa najib tidak akan berganjak dan menyerah kalah “tidak akan menjawab isu utama” yang di bangkitkan oleh rakyat melalui Tun Dr Mahathir?

Jika benar apa yang di katakan  oleh Datuk Nur Jazlan, nampaknya Najib berada dalam dunia khyalan lantas mempamerkan isu “kalah” atau “menang”. Harus di ingat tidak ada orang mengajak Najib untuk “berlawan”. Dalam isu ini berjuang untuk apa? Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai niat sedemikian. Isu utama yang timbulkan oleh Tun Mahathir adalah isu yang di timbulkan oleh rakyat kepada nya. Apa yang diperlukan adalah untuk menjawab isu utama yang di utarakan. Tetapi malangnya, (kemungkinan ada kebenaran yang di katakan oleh Jho Low, “those umno guys are spin masters” dan Datuk Nur Jazlan, “Pemimpin UMNO bermuka muka) maka isu utama telah di putar belitkan sehingga isu tersebut di kuburkan. Kemudian isu tersebut berakhir kononnya ingin menjatuhkan Najib.

Isu utama adalah :

1.       Siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya? Tun Mahathir bahkan tidak ada menuduh Najib terlibat dalam kes tersebut. Tetapi rakyat ingin tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan yang di lakukan oleh Sirul. Ini kerana Sirul merupakan Pengawal Keselamatan Najib. Jika Sirul bukan pengawal keselamatan Najib maka tekanan tidak kepada Najib. Sirul merupakan bekas Pengawal Keselamatan Tun Mahathir. Pegawai Polis atau tentera tidak membunuh kecuali terdesak dalam usaha mempertahankan diri.

2.       Wang sejumlah RM42billion lesap begitu sahaja. Rakyat ingin tahu kemana wang itu lesap. Jika wang sejumlah itu hilang kerana bad investment, maka rakyat tahu kemana wang itu hilang. Tetapi dalam kes ini rakyat ingin tahu kemana lesapnya wang 42billion sedangkan rakyat di asak membayar GST. Pada awalnya dikatakan wang tersebut di simpan di Singapore tetapi Singapore menyatakan wang tersebut tidak ada di sana. Jawapan perlu ada, “Dimana wang 42biliion itu?

Kenapa Najib harus memberitahu siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya? Ini kerana ketika itu ( waktu pembunuhan di lakukan ) Sirul adalah Pengawal Keselamatan Najib.
Kenapa Najib harus menjawab masalah kelesapan wang dalam 1MDB? Ini kerana Najib adalah Menteri kewangan. Jika Najib bukan Menteri Kewangan maka tekanan tidak kepada beliau. Sejarah politik di Malaysia, Perdana Menteri memegang dua portfolio. Satu sebagai Perdana Menteri dan satu lagi sebagai Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pertahanan. Tetapi Najib memilih memegang jawatan PM dan Menteri Kewangan.

Sebenar perkara ini paling senang dan mudah untuk diatasi dan bagi mengelakkan berbagai andaian yang melibatkan kredibiliti Najib sebagai Perdana, hendaklah menjawab isu utama yang ditimbulkan. Mengapa payah sangat hendak memberikan penjelasan? Mungkin ada yang menyatakan kalau diberikan jawapan akan ada yang tidak bersetuju. Jangan ada yang membuat andaian sebelum Najib membuat jawapan. Dan jangan sekali kali memutar belitkan isu utama yang di bangkitkan. Jika ada sesuatu yang di sembunyikan oleh Najib dan Najib merasa keberatan untuk memperjelaskannya dan demi perpanduan Melayu, demi parti, demi agama dan demi bangsa, letaklah jawatan dengan secara terhormat. Kepada yang memberikan sokongan kepada Najib dalam isu ini, tanya diri anda, apakah anda bersetuju wang RM42billion itu lesap begitu sahaja tanpa penjelasan dari Perdana Menteri/Menteri Kewangan sedangkan rakyat di asak membayar GST?



No comments:

Post a Comment