Wednesday 8 April 2015

Bilamana "kaki Bodek"bersuara untuk kepentingan politik perut


Utusan Malaysia terbitan 8 April 2015 melaporkan, " Mahathir tidak wajar minta PM letak jawatan "(Dr Maximus Ongkili PBS), "BN Sabah tidak 'berpaling", (Musa Aman), "Dr Mahathir diminta hentikan serangan terhadap Najib" (Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Duta Malaysia ke Indonesia) dan "kritikan keterlaluan boleh jejas perpaduan"( Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos).

Dr Maximus Ongkili lupa satu ketika PBS berjuang untuk menjatuhkan BN dibawah kepimpinan Dr Mahathir sewaktu menjadi PM. Dalam sejarah politik Malaysia, PBS bukan baik pun terhadap BN. Cermin muka dahulu sebelum menyerang Tun Mahathir.

Bagi Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas ketua PKR Penang dimana telah di berikan pekerjaan oleh Najib sebagai Duta Malaysia ke Indonesia. Maka itu, mungkin "terhuntang budi".

Seperti biasa, tanggongjawab Ketua Menteri setiap negeri seperti Sabah seharusnya tidak akan berpaling daripada memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

Pada keseluruhannya golongan yang secara terbuka memberikan sokongan kepada Najib hanya mengikut emosi dan mementingkan "politik perut" lantas menyerang Tun Mahathir. Jika mereka mengutamakan perjuangan bangsa melayu seharusnya mereka meminta Perdana Menteri memberikan jawapan kepada banyak dakwaan Tun Mahathir yang mewakili rakyat. Jawapan tersebut harus ditangani secara ilmiah dan berasas. Bukan jawapan seperti "merepek".

Pada awalnya Tun Mahathir meminta Najib memberikan jawapan terhadap tuduhan tersebut tetapi tidak di pandang berat oleh Najib. Dengan kegagalan Najib memberikan penjelasan kepada perbagai isu yang timbul, ianya  telah menjadi begitu teruk dan Tun Mahathir meminta Najib meletakkan jawatan. Ini kerana kegagalan Najib menanganinya akan membawa  UMNO/BN  kecundang dalam PRU 14 nanti.

Kepada tokoh tokoh UMNO jangan habiskan masa dengan "membodek"sahaja. Lihat segala isu secara positif berlandaskan kepada perjuangan bangsa, agama dan tanah air dan bukan berdasarkan kepada POLITIK PERUT. Apakah tokoh UMNO di Malaysia mahu melihat UMNO Malaysia menjadi atau senasib dengan UMNO Singapore???

No comments:

Post a Comment